in

‘Bertemankan’ Nyamuk & Pacat, Pelajar PPUM Ini Gigih Daki Bukit Demi Capaian Internet Nak Jawab Exam

Ft Ppum Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan gelombang ketiga Covid-19 yang melanda negara, bukan setakat sekolah-sekolah sahaja ditutup, malahan universiti awam dan swasta juga turut ditutup buat sementara waktu oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Disebabkan itu, pelajar-pelajar universiti turut mengalami nasib yang sama apabila terpaksa menjalani kuliah dan peperiksaan secara atas talian.


Namun, tidak semua daripada pelajar-pelajar ini mempunyai capaian internet yang baik di kawasan perumahan masing-masing yang menyebabkan mereka terpaksa pula mencari alternatif lain supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran secara online itu.

 

Masalah internet, jawab exam atas bukit

Ppum Daki

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang pelajar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sanggup menjalani peperiksaan di atas bukit sambil ‘bertemankan’ nyamuk dan pacat di belakang rumahnya di Kampung Bukit Petai Tujuh gara-gara masalah capaian internet.

Gadis itu yang merupakan pelajar jurusan Teknologi Makmal Perubatan itu perlu mendaki lebih daripada 20 meter untuk sampai di khemah yang telah dibina ayahnya di atas bukit itu untuk menjawab peperiksaan dan mengulang kaji pelajaran.

 

Daki bukit 20 meter, nyamuk, pacat & ular ‘melintas’

Pelajar itu yang dikenali sebagai Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20, terpaksa mendaki bukit dalam keadaan tanah yang becak selain menjawab peperiksaan dalam suasana yang tidak selesa kerana gangguan nyamuk.

Dia turut terkena tempias air hujan sewaktu menjalani kelas online serta terpaksa ‘bersabar’ apabila berlakunya masalah gangguan internet di sana.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga sering kali terserempak dengan ular yang ‘melintas’ keluar berhampiran ‘dewan’ peperiksaannya itu.

Ppum Khemah

Lapor Sinar Harian, pelajar itu sentiasa positif dan optimis dengan menganggap situasi ‘perit’ yang terpaksa dilaluinya itu adalah lebih baik daripada dia belajar di rumah tanpa kemudahan internet demi masa depannya.

 

Usung ubat nyamuk & kipas

Tambahnya lagi, dia perlu ‘mengusung’ bukan sahaja alatan kelengkapan pelajaran seperti laptop, modem WiFi, nota dan tripod, malahan dia juga perlu membawa ubat nyamuk dan kipas kerana kawasan itu banyak nyamuk.

Menurut pelajar itu, dia sebelum ini terpaksa berulang-alik ke bandar Tanah Merah Baru yang terletak 3 kilometer dari rumahnya untuk belajar.

 

Ayah bina khemah, siap pasang bekalan elektrik atas bukit

Namun kerana kasihkan anak, bapanya telah naik ke bukit tersebut dua hari sebelum peperiksaan bermula untuk mencari kawasan yang ada internet untuk kemudahan anaknya.

Ayah tidak mahu saya gagal dalam peperiksaan, jadi dia berikhtiar masuk hutan untuk bina khemah dan sambungkan bekalan elektrik dari rumah untuk kegunaan saya di sini.

Seorang lagi adiknya, Muhammad Amien Khalielee, 18 yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu juga menerima nasib yang sama apabila terpaksa belajar di ‘dewan’ peperiksaan kakaknya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah.

Ppum Adik

Alahai min sebak pula. Kasih bapa hingga ke syurga. 

Menurut bapa pelajar itu, masalah capaian internet ini turut berlaku kepada beberapa penduduk kampung yang lain.

 

Ada yang bina pondok 5 meter atas pokok

Ppum Pondok

Mereka turut membina pondok di atas pokok dengan ketinggian lebih 5 meter di kawasan yang sama untuk menggunakan internet sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

Mereka berharap semoga masalah yang dihadapi oleh penduduk mendapat perhatian daripada pihak yang berkaitan dan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Demi setitik ilmu di lautan. Min doakan semoga pelajar-pelajar ini lulus dengan cemerlang dalam pelajaran mereka. 

Baca: Tiga Pelajar Gigih Cari Line Internet Cedera, Terjatuh Lepas Jambatan Gantung Runtuh di Ranau

Baca Internet

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.