in

Bertahun-tahun Turun Naik Mahkamah, Ini Kronologi Kes Syed Saddiq

Ft Syed Saddiq Kronologi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, persoalan akhirnya terjawab apabila Mahkamah Persekutuan Putrajaya melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas 4 pertuduhan iaitu melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU.

Memetik laporan Harian Metro, berikut merupakan kronologi kes sepanjang hampir 5 tahun ia berlangsung.


Artikel berkaitan: “Hari ini bukan hari membalas dendam” – Luah Rasa Syukur, Syed Saddiq Akan Terus Ke Parlimen

Artikel berkaitan: “Kami juga ikut perkembangan” – Hakim Beri Pesanan, Harap Syed Saddiq Dapat Teruskan Perancangan Kahwin

Kronologi kes

Pada Julai 2021, Syed Saddiq telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah bernilai RM 1 juta dan salah guna RM120,000 dana Armada untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau didakwa lagi dengan 2 pertuduhan pengubahan wang haram yang berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 5 Ogos 2021 dan pihak mahkamah membenarkan kes tersebut berpindah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

Pada Ogos 2021, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memohon agar kesemua 4 pertuduhan itu dibicara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan telah membenarkan permohonan itu pada 25 November 2021.

19 Januari 2022, Hakim Mohamed Zaini telah menasihati Syed Saddiq supaya lebih berhati-hati dalam memberikan sebarang kenyataan di media sosial berkenaan dengan kesnya.

Screenshot 2026 07 13 162306

Selepas beberapa bulan, pada 24 Mac 2022 pendakwaan telah kemuka 2 pindaan berhubung dengan kes pecah amanah dan salah gunakan wang milik ARMADA, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

21 Jun 2022 merupakan perbicaraan untuk hari pertama kes Syed Saddiq tentang 4 pertuduhan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid dan pada 22 Julai 2022 Syed Saddiq sekali lagi ada memohon kredibiliti saksi sama (Rafiq Hakim) kerana ada beberapa percanggahan dalam keterangan yang telah direkod oleh SPRM, malah keterangan lisannya di mahkamah dan permohonan itu turut tidak dibenarkan.

6 Oktober 2022, pihak pendakwaan dan pembelaan telah berhujah berhubung 4 pertuduhan yang dihadapan Syed Saddiq. Beberapa minggu kemudiannya, Syed Saddiq diperntah untuk bela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2022.

Screenshot 2026 07 13 162735

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid telah memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan pembelaan di Mahkamah Kuala Lumpur selesai pada 14 Mac 2023.

Images 2

Pada 14 April 2023, pendakwaan dan pembelaan selesai hujahan dan mahkamah belum lagi menetapkan tarikh bagi keputusan.

21 September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan pada 9 November 2023 untuk memutuskan jika Ahli Parlimen Muar itu dilepaskan atau disabitkan bersalah atas 4 pertuduhan itu.

Tiba pada tarikh tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta terhadap Syed Saddiq, beliau didapati bersalah terhadap kesemua tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram. Namun begitu, hukuman ditangguhkan sementara rayuan diteruskan.

Namun pada 29 November 2024, Syed Saddiq ada menerima dokumen penghujahan penuh yang mengarahkan peguamnya untuk memfailkan rayuan.

Pada 12 Disember 2024, rayuan rasmi telah difailkan dengan 18 sebab kesilapan undang-undang dan fakta dalam sabitan, rayuan ini menetapkan kes untuk didengar oleh Mahkamah Rayuan.

Tanggal 19 hingga 20 Mac 2025, Mahkamah Rayuan telah menetapkan 2 hari untuk mendengar rayuan kes Syed Saddiq, perbicaraan berlangsung seperti dijadual namun pada hari kedua, ia dibatalkan sebahagian kerana timbalan pendakwa tidak sihat dan ia menyebabkan proses rayuan ditangguhkan.

Pada 25 Jun 2025, Syed Saddiq telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan dan 11 Disember 2025, Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq.

12 Disember 2025, Mahkamah Persekutuan telah membuat kejutan apabila pihak mereka memberikan masa kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula rayuannya berkenaan dengan keputusan yang membebaskan Syed Saddiq.

Pada 17 Disember 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak pendakwaan meneruskan rayuan terhadap pembebasan Syed Saddiq.

Pada 30 Jun 2026, Mahkamah Persekutuan  menangguhkan pendengaran keputusan rayuan  kepada 13 Julai disebabkan salah seorang dari tiga panel hakim cuti sakit.

Screenshot 2026 07 13 154702

Pada tarikh 13 Julai 2026, segalanya selesai apabila Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan majoriti 2-1 itu telah menolak rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq.

Ahli Parlimen Muar itu kini bebas daripada kesemua 4 pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana ARMADA.

Sumber : Harian Metro

Sumber: Astro Awani
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.