in

Berpaut Pada Kereta Bekas Isteri Yang Sedang Bergerak, Seorang Lelaki Ditahan Polis

Berpaut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki telah ditahan polis selepas dia melakukan perbuatan berbahaya dengan berpaut pada kereta yang sedang bergerak di jalan raya di Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang, Johor.

Foto dan video lelaki tersebut melakukan aksi berkenaan telah sempat dirakam oleh orang awam sebelum ia tular di media sosial.


Menurut Asisten Komisioner Mohd Sohaimi iaitu Ketua Polis Daerah Seri Alam, kejadian berkenaan berlaku pada waktu petang semalam.

Difahamkan, lelaki tersebut telah berpaut pada kereta milik bekas isterinya dan dari hasil siasatan awal, polis mendapati lelaki itu dan bekas isterinya itu sebelum itu telah bertelingkah di sebuah pasar raya, lapor Harian Metro.

 

Artikel berkaitan: Pemandu Lori Rempuh Rumah Orang, Lompat Keluar Dari Kenderaan Kerana Lari Dari JPJ

Artikel berkaitan: Pecut Kereta Hingga Terbabas Sebab Kantoi Berkhalwat, Lelaki Sempat Larikan Diri Tinggalkan Kekasih

Lelaki itu kemudiannya memanjat bonet kereta sebelum berpaut di bahagian hadapan kereta yang dipandu oleh bekas isterinya itu.

Wanita itu telah memandu kereta itu secara perlahan sehingga dua kilometer.

Kereta itu juga dihalang oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai merupakan teman lelaki berkenaan.

Mereka difahamkan bukan hanya menghalang kereta itu, malah turut memeras ugut wanita itu dan barangan wanita itu dirampas oleh mereka. Cermin kereta turut dipecahkan.

Susulan itu, lelaki itu telah ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat dan suspek didapati positif ketamin setelah menjalani ujian saringan air kencing.

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.