in

Berlapar Sehingga Maut, Ajaran Sesat Di Kenya Ragut Lebih 80 Nyawa

Ajaran Sesat Kenya

Sejak minggu lepas, pihak polis Kenya telah menjumpai lebih 80 mayat yang ditanam di sebuah perkuburan tanpa tanda dan cetek di daerah persisiran pantai negara tersebut.

Perkara itu menggusarkan banyak pihak termasuklah keluarga mangsa serta pihak kerajaan di sana.

Geger Sekte Sesat Di Kenya 5 169

Ajaran sesat ‘Gereja Good News International’

Dilihat seperti pembunuhan beramai-ramai, punca kematian puluhan rakyat Kenya itu adalah disebabkan sebuah ajaran sesat yang difahamkan memaksa pengikutnya untuk berlapar demi ‘bertemu Tuhan’.

Pastor Paul Mackenzie, seorang pendakwah kontroversi di Good News International Church yang mengindoktrinasi pengikutnya dengan meminta mereka meninggalkan ‘kehidupan duniawi’ kemudian berkumpul di ladang miliknya seluas 325 hektar (800 ekar) di kampung Shakahola yang terletak di daerah Kilifi.

Siapa Pastor Paul Mackenzie? 

Dia merupakan seorang televangelist (pendakwah Krisitian yang menggunakan TV dan radio), mengasaskan gerejanya di bandar pesisir pantai Malindi pada 2003.

Unnamed

Sejak itu, dia sentiasa bertelagah dengan pihak berkuasa selepas terdapat dakwaan bahawa dia ‘menghasut’ kanak-kanak berhenti daripada pendidikan formal.

Pada 2019, dia menutup gereja tersebut dan berpindah ke Shakahola bersama beberapa pengikutnya. Mackenzie, yang sering menyatakan bahawa dia mempunyai ‘kuasa kenabian’ dan pernah melihat penampakan Jesus, berkata dia mendapat wahyu untuk berbuat demikian.

Ajar pengikut untuk tidak belajar secara formal

Dia mengarahkan pengikutnya untuk berhenti kerja, berhenti pendidikan formal, berhenti makan ‘makanan duniawi’ serta tidak mendapatkan rawatan perubatan di hospital jika sakit. Mereka biasanya bertemu pada hari Sabtu di bawah sebuah pokok dari 9 pagi hingga 5 petang untuk ‘pelajaran hidup’.

Polis berkata dia memberitahu mereka bahawa puasa mereka akan dikira hanya jika mereka berkumpul bersama dan menawarkan ladangnya sebagai tempat untuk melakukan ‘ibadah’ itu.

Lebih membingungkan, mereka tidak boleh bergaul dengan sesiapa dari dunia ‘luar’ jika mereka mahu ke syurga dan memusnahkan semua dokumen yang diberikan oleh kerajaan, termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran.

Kes & punca Pastor Mackenzie diburu pihak polis

Misi menyelamat yang dijalankan oleh pihak kerajaan bermula pada 13 April lalu selepas dua kanak-kanak dilaporkan mati kelaparan dan dibunuh oleh ibu bapa mereka atas nasihat Mackenzie pada 16 dan 17 Mac.

Pada 23 Mac, Mackenzie dihadapkan ke mahkamah dan dibebaskan dengan jaminan tunai 10,000 Shillings Kenya (RM330). Dia pernah ditangkap sebelum ini pada 2019, juga berkaitan dengan kematian kanak-kanak, tetapi dibebaskan dengan bon, kedua-dua kes masih dalam mahkamah.

Clt

Siasatan polis kemudian membawa ke Shakahola di mana 16 orang pengikutnya dalam keadaan kurus kering ditemui, empat daripadanya meninggal dunia sebelum sampai ke hospital.

Terbaru, 90 mayat telah digali sejak pencarian bermula; 27 orang telah diselamatkan dan dimasukkan ke hospital kerana kekurangan zat makanan yang teruk manakala 39 ahli kultus masih hilang.

Pun begitu, mungkin terdapat lebih ramai pengikut kerana penduduk berdekatan memberitahu terdapat kira-kira 300 orang tinggal di ladang Shakahola.

Pencarian masih diteruskan…

Selain pencarian mayat, ahli yang masih hidup turut dicari namun sebahagian besar daripada mereka masih enggan makan kerana mereka diajar untuk berlapar bagi mengelak daripada ‘seksaan kiamat’.

Terdapat laporan yang belum disahkan mengatakan bahawa beberapa ahli kultus yang ditangkap cuba melarikan diri dari puasa telah dibunuh dan ditanam – salah satu mayat yang ditemui merupakan seorang yang kelihatan sihat dan mayatnya tidak kurus.

Pun begitu, Mackenzie telah menyerah diri kepada polis pada 14 April lalu dan masih dalam tahanan sementara menunggu siasatan. Sejak itu, dia enggan makan dan mana-mana wakil serta pengikutnya yang turut ditahan tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Sumber: Al Jazeera

Baca: “Campur adukkan ajaran Al-Quran, Bible & Taurat” –  Bahaya Ajaran Sesat Millah Abraham Di Malaysia

Millah Abraham Menyeleweng

Sumber: CNN
Sumber: Al Jazeera