Penyanyi rap, Caprice yang menubuhkan Munafik Hunter kali ini membongkar sindiket kumpulan ahli jemaah yang berleluasa di negara ini.
Menerusi hantaran video terbaharu Caprice, dia membuat satu podcast mendengar sendiri pengalaman bekas ahli jemaah yang dieksploitasi oleh ketua mereka.
Susulan itu, Caprice turut menyeru mangsa-mangsa dan bekas ahli yang pernah terkena dengan kumpulan terbabit untuk tampil berkongsi maklumat.
Artikel berkaitan: “Mana yang dok kecam kita dulu?” – Caprice Sindir Individu Taksub Dengan ‘Mawla’, Rupa-rupanya ‘Scammer’
Beberapa mangsa telah tampil berkongsi sindiket yang dilakukan oleh kumpulan ahli jemaah yang mereka pernah sertai dahulu.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian pertama, individu ini menyatakan keluarganya dahulu hidup senang, kini terpaksa hidup dalam kesusahan selepas semua wang habis digunakan untuk kumpulan ahli jemaah terbabit.
“Saya pernah bersama ahli jemaah tu sebelum ni. Masa tu, ayah saya seorang yang kaya. Mereka perah duit ayah saya sampai kering. Sekarang sudah tak ada apa lagi, mereka tinggalkan keluarga kami macam tu je.
“Target diorang orang kaya dan diorang akan hisap semua duit sampai dak tak ada apa-apa. Lepas tu pergi macam tu je,” dedahnya.
Katanya, kumpulan ini akan menggunakan ayat ‘berkorban wang ringgit untuk menghapus dosa’ untuk memperdaya golongan kaya.
Seorang lagi individu mendakwa kesnya hampir sama dengan individu pertama tadi. Dedahnya, bapanya rugi RM1 juta selepas dijanjikan mendapat untung setiap bulan untuk pelaburan pembinaan hotel di Mekah oleh sebuah syarikat.
Selain itu, individu seterusnya mendedahkan pasangan sudah berkeluarga terpaksa mengikut semua arahan Tok Guru sepanjang untuk semua urusan kehidupan. Ini termasuklah, tarikh perkahwinan, lokasi honeymoon, nama anak dan sebagainya perlulah mendapat kelulusan Tok Guru.

Dalam pengakuan seterusnya, individu ini memberitahu kumpulan ini membenarkan perkahwinan tanpa pengetahuan wali. Dia dan anak juga diabaikan mereka apabila dipukul bekas suami.
Katanya, tidak mudah untuk mendedahkan kumpulan ini kerana mereka mendakwa ada ‘kabel’ seolah-olah tidak akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Merisaukan baca pendedahan mangsa-mangsa ni. Semoga kebenaran berpihak kepada yang benar…
Sumber: Instagram
