in

“Beritahu saya siapa makan coklat, nanti kami siasat”

3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar minggu lepas kecoh khabar angin mengatakan pasukan polis yang menyerbu dan buat rampasan ke atas rumah Datuk Seri Najib Razak telah memakan coklat dan makanan dalam peti sejuk bekas Perdana Menteri tersebut.


Namun dalam sesi sidang media yang diadakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, dia menegaskan bahawa pihaknya dah menjalankan siasatan dengan professional kerana tempat yang digeledah mereka tu ialah kediaman bekas PM dan keluarganya, lapor FMT.

Dead1499Ed3D251B753E35B752C536E7
sumber: malaysiakini

Malah beliau meminta peguam Najib Razak untuk buat laporan polis kalau perkara tersebut benar-benar berlaku supaya mereka boleh buat siasatan mendalam mengenai tuduhan ini.

“Kita dimaklumkan mengenai kehilangan coklat, kita minta peguam kepada Najib untuk ke hadapan dan failkan laporan polis. Beritahu saya, siapa yang makan coklat berkenaan dan kita akan siasat dari sana,” katanya di pejabat JSJK hari ini (25 Mei).

Isu ini timbul pada 19 Mei lepas bila Najib dalam satu kenyataan menegur anggota polis yang minta makanan disediakan ketika mereka serbu rumah anaknya.

“Ini ditunjukkan dengan cara anggota polis mengambil makanan dan coklat dalam peti sejuk,” kata Amar Singh.

Najib Chocolate 1
sumber: fmt

Walau bagaimanapun, pihaknya takkan bertolak ansur kalau dakwaan Najib tu benar mengenai pegawainya memakan coklat di dalam peti sejuk milik bekas Presiden BN tersebut.

Amar Singh pada masa yang sama menjelaskan jugak pasukan beliau tidak merampas pakaian bayi cucu Najib tapi sebaliknya merampas kasut bayi sahaja. Tapi bekas PM tersebut boleh menuntut semula kasut bayi yang dirampas jika mereka menunjukkan bukti yang ia dibeli dengan wang mereka sendiri.

“Tidak ada baju bayi yang dirampas. Pihak itu boleh buat representasi kepada kita bahawa barangan itu dibelikan menggunakan wang beliau. Setelah semuanya selesai kita akan pulangkan barangan,” jelasnya.

Najib Kesal Operasi Tidak Profesional Datuk Seri Amar Singh Beri Respon
sumber: blog

Amar Singh yang bakal bersara pada 8 Jun ni berkemungkinan akan dilanjutkan kontraknya selama 6 bulan lagi oleh kerajaan untuk melengkapkan siasatan ke atas kes 1MDB.

Haa siapa makan coklat tu? Baik mengaku! 

Baca: Senarai Barang Yang Dirampas Dalam Serbuan di Kediaman Najib

Najib 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.