in

“Berita baik untuk creators” – Instagram akan Kongsi Income Kepada Content Publisher IGTV Macam Youtube

Iglive

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman moden ni mesti dah ramai yang mahir guna teknologi lagi-lagi media platform macam Twitter, Instagram,Youtube dan macam-macam lagi.


Ramai dah yang buat video content dekat medial sosial untuk jana pendapatan sampingan. So, ini mungkin berita baik untuk mereka semua.

Menurut laporan Amanz, Instagram akan share income bersama content publisher sekaligus menggalakkan mereka untuk lebih banyak lagi untuk berkongsi video di Instagram. Dalam pada itu, untuk permulaan awal ialah dengan paparan iklan di IGTV.

Igtvv

Pengguna nanti akan diperlihatkan dengan iklan sehingga 15 saat ketika menonton IGTV. Mereka juga turut dijangka akan berkongsi pendapatan sehingga 55% bersama content publisher sekaligus memberikan lebih motivasi untuk upload video ke IGTV.

Pada masa yang sama, Instagram juga akan memperkenalkan Badges di IG Live dan pengguna boleh memberi sumbangan kepada saluran yang diorang minat time akaun IG tu tengah buat live.

Igtv

Instgram akan try dulu Badges ini bermula bulan depan di beberapa buah negara. Sesiapa yang menyumbang Badges kepada content publisher, komen diorang akan terpapar lebih jelas waktu live IG berbanding yang tak menyumbang Badges.

Semua ini dilihat sebagai salah satu usaha terbaru daripada Instagram untuk lebih ramai lagi content publisher meggunakan platform mereka.

Wahh.. lepas ni jangan skip iklan kat IGTV lah ye. 

Baca : “Apa salah buah-buah tu” – Facebook, Instgaram Haramkan Guna Emoji Terung & Buah Peach Sebab… 

Ig

 

 

Sumber: GOG
Sumber: Amanz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.