in

“Apa salah buah-buah tu?” – Facebook, Instagram Haramkan Guna Emoji Terung & Buah Peach Sebab…

Feature Image Emoticon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni Facebook dan Instagram telah mengumumkan pengharaman terhadap penggunaan tiga emoji iaitu emoji terung, buah peach, dan titisan air.


 

Terung Air Peach
Sumber: google

Pengharaman bagi menggunakan emoji ini adalah disebabkan ia sering dikaitkan dengan pengaruh seksual.

Ketiga-tiga emoji itu mempunyai pengaruh seksual tersendiri. Emoji terung digambarkan sebagai alat sulit lelaki, buah peach pula menggambarkan punggung dan titisan air pula menggambarkan ejakulasi.

Menurut Mirror, Facebook menjelaskan penggunaan emoji ini tetap dibenarkan dalam kapsyen, tetapi tidak lagi boleh digunakan jika ia berkaitan dengan seksual .

“Kami juga mengehadkan penggunaan bahasa yang berunsurkan seksual kerana ingin menjaga sensitiviti semua pihak dan membolehkan sesiapa sahaja menggunakan aplikasi ini tanpa rasa ragu-ragu.” 

Namun begitu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa tidak adil untuk mengharamkan ketiga-tiga emoji itu sahaja kerana ada juga emoji lain yang di anggap sebagai pengaruh seksual.

Ada juga netizen yang merasakan laman sosial Instagram masih belum kuatkuasakan perkara ini kerana mereka masih boleh menggunakan emoji tersebut di ruangan komen.

 

Cobaan
Sumber: instagram

So korang jangan nak nakal pakai emoji untuk benda pelik-pelik ye. Nanti tak memasal semua kena banned!

 

Baca: “Alasan sampah nak pecat orang” – Kena Buang Kerja Gara-gara Hantar Emoji “OK” Pada Boss

Iasolk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.