in

“Beri malu orang Sarawak” – Belum Sempat Pintu Kedai Buka Orang Ramai ‘Naik Hantu’ Berebut Serbu Mydin

Mydinswk4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dengar ada promosi, sudah semestinya ia bagaikan durian runtuh buat kita semua, lebih-lebih lagi kalau hari promosi itu jatuh pada musim-musim gaji.

Siapa saja yang tak teruja bila promosi itu merupakan keperluan harian kita, lebih-lebih lagi makanan. Sempena ulang tahun pertama, Mydin Malaysia hari ini mengadakan promosi jualan murah di cawangan PetraJaya Sarawak.


Teruja dengan promosi #jualsampeylengis itu, ia membuatkan orang Sarawak ‘naik hantu’ serbu pasaraya tersebut.

 

Buat malu orang Sarawak je, macam tak pernah masuk supermarket – Netizen

https://www.facebook.com/SarawakAritok/videos/vb.323503628008022/404401226798624/?type=2&theater

Promosi itu bermula dari hari ini sampai 3 Mac, tak dinafikan harga yang ditawarkan itu memang benar-benar murah daripada harga asal.

Mungkin sebab terlalu teruja, video yang dikongsikan oleh page Sarawak Aritok, ini menunjukkan penduduk di sana solah-olah macam tak menyempat nak tunggu pasaraya tu buka.

Pintu kedai tu tak sempat buka habis lagi, orang dah mula menyerbu masuk. Tindakan sebegitu tidak disenangi oleh netizen disana, ia dianggap sebagai satu perkara yang memalukan.

 

“Persis melepaskan haiwan ternakan”

Memalukan Memalukan2 Memalukan3 Memalukan4 Memalukan5

Mungkin ini je lah peluang mereka untuk mengumpul keperluan harian, kalau pergi lambat-lambat stok habis.

Kita husnuzon je lah, admin pun teruja tengok harga yang Mydin tawarkan, tapi kalau macam nak berlaku tu, ermm tak kot. Huhu!

 

Baca : Membazir! Netizen Label TMJ Kurang Bijak Lepas Belanja Rakyat di Aeon Tebrau

Aeon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.