Kejadian curi kabel MRT yang telah berlaku baru-baru ini telah menyusahkan ramai pihak kerana ia turut menyebabkan kesan buruk kepada kelancaran perjalanan setiap tren.
Oleh itu, pihak Rapid Rail telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat perubahan jadual tren MRT pada hujung minggu ini iaitu pada 7 Mac 2026 dan 8 Mac 2026 (Sabtu dan Ahad).

Perubahan jadual tren pada tarikh 7 Mac dan 8 Mac itu adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih selepas berlaku insiden kecurian abel bekalan kuasa yang telah menjejaskan operasi perkhidmatan.
Perubahan jadual itu melibatkan tren terakhir dari Stesen Putrajaya Sentral menghala ke Kwasa Damansara ditamatkan di Stesen Metro Prima. Boleh lihat kenyataan rasmi daripada pihak Rapid ini untuk lebih faham mengenai perubahan jadual tren ini.

Artikel berkaitan: Kantoi Tengah Potong Kabel KTMB, Seorang Lelaki Berjaya Ditangkap
Artikel berkaitan: Berhasrat Nak Sambung Belajar Di UK, Graduan Undang-undang Antara Ditahan Cuba Curi Kabel TM
Oleh itu, perkhidmatan bas percuma akan disediakan dari Stesen Metro Prima ke stesen-stesen seterusnya sehingga ke Stesen Kwasa Damansara dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit.
Selain itu, penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Kwasa Damansara juga boleh menggunakan Laluan Kajang sebagai laluan alternatif.
Walau bagaimanapun, perubahan ini hanya melibatkan jadual operasi tren terakhir dari Stesen Putrajaya Sentral menghala ke Stesen Kwasa Damansara. Perkhidmatan tren dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral kekal beroperasi seperti biasa tanpa sebarang perubahan.
Take note guys, dan jangan lupa untuk rancang perjalanan anda hujung minggu ini jika anda menggunakan MRT laluan ini.
Sumber:
