in

“Beri hadiah dengan niat…” – Dr Zul Terangkan Hukum Beri ‘Gift’ Kepada ‘NPC’ Di TikTok

Hukum Npc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu trend yang kini banyak dilakukan oleh content creator di TikTok ialah sesi live berlakon seperti NPC. Untuk pengetahuan, NPC ialah singkatan bagi non-player character yang sering dilihat dalam permainan video.

Pun begitu, banyak perselisihan faham mengenai trend ini kerana ianya dilihat seperti tidak berfaedah dan boleh menjadi keterlaluan khusunya bagi orang Islam. Mereka ini biasanya akan mengadakan sesi live dan ‘memungut’ hadiah daripada penonton.


Artikel berkaitan: “Takut tengok perangai masing2” – Isteri Orang Selamba Buka Aib Sendiri Di TikTok, Bangga Ada Skandal

Artikel berkaitan: [VIDEO] Viral Di TikTok, Penyanyi Seberang Perjelas Maksud ‘Deep’ Lagu ‘Dawai’

2242043

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman web miliknya menerangkan hukum bagi mereka yang membuat live NPC serta keberkatan duit atau gift yang diperolehi.

Beliau menjelaskan bahawa pemberian hadiah adalah disunatkan dalam agama Islam sebagai tanda penghormatan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A sabda Nabi SAW:

تَهَادُوا تَحَابُّوا

Maksudnya: Hendaklah kamu saling memberi hadiah. Nescaya, kamu akan saling mengasihi dan mencintai.

Hukum pemberian hadiah ini boleh dikategorikan kepada empat bahagian iaitu halal di antara keduanya iaitu pemberi dan penerima hadiah bertujuan untuk bersilaturrahim.

Haram di antara keduanya seperti pemberian bertujuan melakukan kezaliman dan diharamkan kepada penerima hadiah sahaja sekiranya pemberian hadiah itu bertujuan untuk menggalakkan kezalimannya ke atas diri kita.

Selain itu, pemberian hadiah disebabkan rasa takut disebabkan kemudaratan adalah halal bagi pemberi dan haram bagi penerima.

“Bagaimana dengan gift NPC di TikTok?”

Pun begitu, dari segi trend TikTok itu, ia menampilkan orang yang bergerak dengan kaku seperti karakter dalam video game.

Trend NPC ini dilakukan setiap kali mendapat gift atau hadiah dari penonton melalui aplikasi tersebut. Meraih jumlah gift yang tinggi membolehkan individu-individu ini meraih keuntungan menerusi live yang dijalankan.

Namun, memberi hadiah dengan niat untuk melihat gerak-geri yang ditunjukkan oleh tiktoker melalui trend NPC adalah tidak sesuai dalam konteks Islam, begitu juga dalam menerimanya terutamanya jika gaya yang ditunjukkan tersebut menimbulkan fitnah, terutamanya jika dipertontonkan oleh wanita.

“Justeru, mengikut trend dengan memperlihatkan gaya yang tidak bersesuaian dengan nilai dan akhlak seorang muslim adalah tidak dibolehkan.

Yang demikian kerana dalam Islam, kita diajar untuk bersifat dengan sifat malu, menjaga kehormatan dan maruah diri, serta menghindari perbuatan yang boleh merosakkan imej sebagai muslim,” tulisnya.

Kesimpulannya, penting untuk diingat bahawa memberi dan menerima hadiah harus dihindari apabila berkaitan dengan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai serta ajaran Islam.

Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk memperkayakan diri dengan akhlak dan sifat-sifat terpuji serta menjauhi segala perbuatan atau sikap yang mencacatkan nilai-nilai agama kita.

Sumber: Maktabah Al-Bakri

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.