Dengan kes yang semakin meningkat setiap hari ni, risiko untuk kita naik perkhidmatan awam pun semakin meningkat.
Ekoran ini, dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini telah perkenalkan topi keledar pengimbas suhu untuk pegawai-pegawai yang bertugas di stesen.
Menerusi Facebook rasmi, KTMB telah memuat naik beberapa gambar beserta kapsyen mengatakan kaedah baru yang diperkenalkan ini adalah sebagai tambahan bagi kaedah sedia ada seperti pengimbas suhu di stesen, pemakaian hand sanitizer dan sanitasi tren.
https://www.facebook.com/ktmberhad/posts/3539832669412635
Tambahnya lagi, Polis Bantuan yang membuat rondaan dapat mengesan suhu penumpang melalui alat teknologi itu. Pun begitu, helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesanaan dan kesesuainnya untuk Polis Bantuan.
Netizen turut menunjukkan rasa kagum dengan pencapaian baru dari KTMB ni.