in

Berebut Duit Insurans Arwah Mak, Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas

66Yo Father Arrested For Scalding His Son With Boiling Water After Arguing Over Rm30K Insurance Money World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pergaduhan dengan keluarga disebabkan harta pusaka atau duit bukan perkara asing lagi-lagi dalam masyarakat kita ni.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang penjual udang berusia 66 tahun telah menyerang anak lelakinya yang berusia 35 tahun dengan air panas di Georgetown, Pulau Pinang.


Ceritanya, pada Rabu lepas lebih kurang pukul 6.30 petang, dua anak beranak ni bertegang urat kerana si anak mahukan perkongsian daripada RM30,000 duit insurans dan plan simpanan arwah ibunya kerana dia hanya dapat RM10 dari bapanya. Patutlah gaduh, sepuluh ringgit nak makan apa?

Pertengkaran mereka menjadi lebih hangat hingga menyebabkan bapa ini bengang lalu menyimbah air panas dari dalam cerek ke badan anaknya hingga menyebabkan dada dan leher anaknya ini melecur.

66Yo Father Arrested For Scalding His Son With Boiling Water After Arguing Over Rm30K Insurance Money World Of Buzz

Selepas lelaki malang ini mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang, dia membuat laporan polis terhadap bapanya.

Dalam laporannya, dia mengatakan ibunya yang meninggal dunia pada tahun 2005 ini telah membeli insurans dan plan simpanan untuk keluarga mereka. Dia mengatakan bapanya telah memberikan adik-beradik lain jumlah duit yang sama rata tapi dia terkecuali.

Tambahnya lagi, ni bukan kali pertama dia disimbah dengan air panas. Bapa lelaki ini kemudiannya mengaku menyimbah air panas ke atas anaknya dan telah pun ditahan.

Haih, sebab duit sampai nak mencederakan orang. 

 

Baca: Guru Wanita Simbah Guru Besar Dengan Air Panas Kerana Berang Dilawat di Kelas

Screenshot 2019 05 10 At 2.56.08 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.