Tidak lama dulu, pernah tular video memaparkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun iaitu adik Arfa yang dilihat lancar menyanyikan lagu Lemak Manis dari Roslan Madun di sebuah majlis kenduri.
Lagu dengan rentak irama asli itu juga sejak akhir-akhir ini mendapat perhatian netizen di media sosial sehinggakan bukan sahaja golongan dewasa menggemarinya, ia juga menjadi siulan anak kecil seperti adik Arfa.
@quantummetalgoldmalaysia MashaAllah cedik budak ni.. #viral #fyp #lemakmanis #lemakmanisalaamboi #fypdong #fypyok
Artikel berkenaan: “Dah Ada Pelapis Penyanyi Irama Malaysia Ni” – Kanak-Kanak Lelaki Penyeri Majlis, Nyanyi Lagu Lemak Manis
Artikel berkenaan: Penyanyi Indonesia ‘Claim’ Lagu Lemak Manis, Roslan Madun Mahu Ambil Tindakan
Adik Arfa berduet dengan Roslan Madun?
Pun begitu, baru-baru ini tular video dari TikTok TVS Entertainment memaparkan sebuah acara anjuran Majlis Seni Sarawak yang menampilkan Roslan Madun dan adik Arfa membuat persembahan di pentas.
Dalam video itu, Roslan dilihat belum sempat menghabiskan ayatnya tetapi adik Arfa telah mula menyanyi terlebih dahulu dan perkara ini membuatkan orang ramai terhibur hingga mendapat tepukan gemuruh dari penonton.
Lebih 40 tahun saya memperjuangkan lagu-lagu rakyat, akhirnya…”
@tvs_entertainment Baby shark ❌ Lemak Manis✅ Gemuruh sorakan penonton, saat adik Arfa curi perhatian dari Atuk – menyanyikan lagu Lemak Manis 😍 Sempena Pertandingan Tarian & Lagu Melayu Asli anjuran Majlis Seni Sarawak Day 3. Video penuh di YouTube TVS Entertainment! #TVS122 #TVSEntertainment #Sarawak #LemakManis #lemakmanisalaamboi #fyp #comel #tiktoksarawak #nyanyi
Difahamkan persembahan tersebut diadakan bersempena Pertandingan Tarian & Lagu Melayu Asli yang berlangsung pada hari ketiga Majlis Seni Sarawak.
“Dia on point betul dekat tempo”
Rata-rata netizen melihat video tersebut berasa geli hati dan memuji sikap adik Arfa yang tidak malu dalam melakukan persembahan malah lancar bernyanyi dengan penyanyi asal lagu Lemak Manis itu.
Bagus betul mak ayahnya terapkan lagu asli macam ni dekat anak-anak dari kecil.
Sumber: TikTok