in

Berdepan Hukuman Sebat & Penjara, Yasin Diperintah Bela Diri 3 Kes Dadah

Yasin Bela Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan mahkamah hari ini memerintahkan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman untuk membela diri atas tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Meurut laporan, Hakim Faiz Dziyauddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie diakhir pendakwaan terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.


Artikel berkaitan: Yasin Sulaiman Diarah Buat Pemeriksaan Kesihatan Mental Dekat Hospital Bahagia

Artikel berkaitan: “Aku sakit mental, sesekali kronik” – Sengsara Dalam Penjara, Yasin Sulaiman Tulis Lagu Kedua

Yasin Sulaiman Diperintah Bela Diri Tiga Pertuduhan Berkaitan Dadah 01

“Selepas meneliti keterangan secara penilaian maksimum, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, oleh itu tertuduh dipanggil membela diri bagi ketiga-tiga pertuduhan,” katanya.

Mahkamah memberikan tiga pilihan kepada tertuduh iaitu memberikan keterangan bersumpah dalam kandang yang mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas keterangan itu.

Pilihan kedua dengan memberikan keterangan dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah dan pilihan ketiga ialah berdiam diri.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lalu Mimpi Laila itu memilih pilihan ketiga iaitu berdiam diri.

Bagi pertuduhan pertama, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

71696241120 Tbyasinsulaimanma

Bagi pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Kota Damansara yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di kediamannya yang sama.

Sumber: Astro Awani

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.