Bukan kes rumah tangga Shamsul Yusof sahaja yang sedang hangat diperbual oleh warganet, kini rumah tangga PU Abu pula telah mendapat perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, bekas isteri PU Abu telah memuat naik beberapa tangkapan skrin berkenaan mesej yang didakwa diterima dari pendakwah tersebut yang meluahkan rasa ‘rindu’ terhadapnya.
Selain daripada dedahan mesej tersebut, Hana juga ada memetik nama isteri pertama PU Abu iaitu Ain Afini hingga menyebabkan mereka berbalah menggunakan IG story.
Masing-masing buat laporan polis
Susulan kejadian itu, Ain telah membuat laporan polis atas sebab merasakan dirinya diganggu dan perkara tersebut bukan kali pertama berlaku.
Oleh itu, Hana juga dapat dilihat telah tampil ke balai polis dan turut membuat laporan polis berhubung kemelut yang berlaku dalam rumah tangga mereka serta memuat naik ke IG story akaun peribadi.
Bagaimanapun, kedua-dua akaun Instagram mereka masing-masing telah dikunci kepada pengikut baru dan diletakkan ke private.
PU Abu pergi mana tuuu?
Namun, menerusi perkongsian dari akaun Instagram PU Abu, dia telah memlilih untuk mengunci mulut daripada memberi apa-apa respons mengenai hal yang berlaku selepas beberapa mesejnya didedahkan Hana.
Tambahnya, urusan tersebut adalah melibatkan dirinya dan Hana serta tiada kaitan langsung dengan isterinya Ain Afini. Difahamkan dia kini sedang bekerja dengan membawa jemaah ke Tanah Suci.
Terdahulu, bekas isteri PU Abu Hana Azraa telah mendedahkan beberapa mesej berunsur luahan rindu yang dihantar oleh Abu kepadanya.
Difahamkan hubungan mereka telah lama selesai sejak awal tahun lepas walaupun mahkamah masih lagi di dalam proses.
Pulak dahh…. Main post IG story dahh..
Baca : “Gaduh cerai, gaduh cerai mengandung lagi” – PU Abu Muat Naik Gambar Baby, Netizen Mula Berspekulasi