in

“Berat pemulaan dalam 90kg++” – Pemuda Ini Buktikan Bagaimana IF Hilangkan 30kg+ Dalam Masa 4 Bulan!

If

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teknik diet Intermittent Fasting atau lebih dikenali sebagai IF ini adalah cara paling efisen dan  berkesan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.


Cara diet yang sedang trending ini mampu sudah semestinya menjadi tumpuan netizen, ya lah siapa saja yang tak nak dapat kesan cepat kan?

Selama ni kita cuma dengar dan baca info pasal IF je kan? Pasti ramai yang dah cuba, tapi Fizz Daud dah buktikan keberkesanannya sendiri.

 

Mula pada November 2018

52326992 2365501383474040 5282097853185916928 N
Sumber : facebook

Menurutnya, Fizz dah cuba bermacam-macam kaedah tapi hasil keberkesanannya tidak begitu memberangsangkan kerana ia sangat merumitkan dan cuma untuk sementara sahaja.

Dengan ketinggian 161cm, dia impikan berat ideal iaitu 60kg ke 65kg. Sebelum ini beratnya dalam 90kg keatas. Namun sejak dia mengamalkan IF pada November 2018, hasilnya begitu ketara.

“In The Name Of Allah, The Most Beneficence, The Most Merciful.

Saya bermula dengan IF pada November 2018. Berat permulaan dalam 90kg++dengan tinggi 161cm. Target 60-65kg!
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti exercise dgn cara berjalan sahaja & kira kalori..

Semuanya berkesan… Tapi untuk sementara sahaja dah prosesnya rumit dan perlahan.
Bila saya kenal INTERMITTENT FASTING (IF) dan ada selebriti seperti Lisa Surihani yang amalkan IF.. Terus saya cuba amalkan… Dan Alhamdulillah saya dapat turun kan berat badan dan size sekali gus.. menjadi 69kg..”

Secara umumnya, IF ini adalah berpuasa pada malam hari, Kita hanya dibenarkan makan pada siang hari dan waktu-waktu tertentu.

Tapi kalau nak dapatkan kesan yang begitu efektif macam Fizz ni, korang kenalah lebih ‘tegas’ sikit iaitu….

 

Gabungkan IF dengan Eat Clean

52483190 2365501423474036 6449711633458528256 N
Sumber : facebook

Selain itu dia juga amalkan pengambilan ramuan-ramuan tertentu yang membantu untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam badan dan sekaligus mempercepatkan penurunan badannya.

Saya combined IF dgn konsep Eat Clean. Saya stop sugar, salt n oils.. Cara ini akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.. muka korg akan lebih flawless n remaja..

Pengambilan supplement seperti Omega3 Fish Oil membantu mengurangkan kolesterol & rahsia kepada perut flat..
Hingga kini sy juga amalkan Hot Green Tea pada waktu malam..

Bagaimanapun, Fizz tak nafikan pasti akan ‘terkandas’ sepanjang proses ini. Namun dengan adanya IF ini, dia mampu kembali pada ‘landasan’ yang sepatutnya.

Cheat day?? Seminggu sekali kdg2 terover jugek! Paling excited, bila org dh xkenal rupe korg yg after renovation!! Serius best!!

Terima kasih Group FB Intermittent Fasting Malaysia dan sahabat saya yang memperkenalkan IF.. 
Semoga sahabat semua disini terus komited untuk mencapai berat idaman masing-masing..

Misi kurus sebelum raya???
Sempat lagi nih..

Caliph,
Fizz Daud 
From 90kg to 69kg 
From XXL to L/M
From 42” to 35”

Sekarang ni misi dia untuk turunkan lagi 4kg ke 9kg sebelum musim perayaan. Hurm, kalau dalam masa 4 bulan dia dah turun banyak tu, apatah lagi jumlah satu angka je kan?

Musim raya nak dekat, tapi sempat je lagi kalau korang nak buat. Apa pun, good job atas pencapaian dan all the best admin ucapkan kepada Fizz dan korang yang nak cuba ni.

 

Baca: Dari 152kg Ke 99kg, Pemuda Ini Tunjuk ‘Journey’ Dia Hilang 50Kg Dalam Masa Setahun..Kurus &Fit!

Turunberat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.