Tiada halangan untuk mereka yang mahu berniaga secara kecil-kecilan di tepi jalan asalkan mempunyai lesen dan berniaga di tempat yang dibenarkan.
Pun begitu, pasti ada segelintir penjaja yang tidak menghiraukan kewajipan memohon lesen penjaja dan akhirnya mengundang padah kepada diri sendiri apabila kantoi dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ini yang terjadi kepada beberapa orang penjaja yang mengamuk apabila gerainya cuba dirampas oleh pihak PBT.
Allahu 😌 pic.twitter.com/OR3b6BPR6U
— ًِ (@bckupacc99) March 2, 2023
Tular sebuah video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang penjaja sedang bergaduh mulut dengan anggota PBT kerana tidak berpuas hati gerainya disita. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku berhampiran Lotus’s Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi video berdurasi seminit 36 saat itu, turut kelihatan seorang penjaja wanita juga terjerit-jerit memarahi anggota penguatkuasa di situ.
Malah, wanita itu juga bertindak agresif dengan mencampak barang niaga seperti makanan dan minuman sehingga terjatuh ke atas jalan.
Penjaja tersebut turut mendakwa pihak PBT tidak bertolak ansur dengan mengatakan pihak PBT hanya berani dengan kaum Melayu sahaja.
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan tindakan penjaja itu sanggup merosakkan barang niaga yang diusahakan sendiri.
Pun begitu, netizen juga merasakan pihak berkuasa sepatutnya memberi amaran sebelum menyita barangan penjaja di kawasan tersebut.
Seharusnya perkara ini dijadikan pengajaran buat para peniaga supaya mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam mencari rezeki halal.
Mungkin pihak PBT sudah beri amaran, tetapi penjaja masih berdegil?
Baca: Warga Rohingya Jelaskan Bukan Nak Buat ‘Kacau’ Di Malaysia, Hanya Mahu Kerja