in

Berang Akibat Batalkan Tempahan, Pemandu E-hailing Ugut Pelajar Kolej Bogel & Sebar Gambar

Ugut6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang buat seorang penuntut kolej muda, sifat baiknya diambil kesempatan oleh pemandu e-hailing.


Difahamkan, seorang penuntut kolej berusia 18 tahun ini ingin mencuba aplikasi e-hailing yang baru dimuat turun di telefon bimbitnya.

Secara tak sengaja, dia telah membuat tempahan yang kemudiannya telah bertindak membatalkan tempahan tersebut.

Namun hal ini telah membuatkan pemandu tersebut marah kerana beranggapan mangsa sengaja membuat tempahan palsu dan mangsa dimarahi dalam talian e-hailing.

Tak cukup memarahi dalam talian aplikasi, pemandu tersebut menghubungi mangsa di Whatsapp pula di mana akhirnya mereka bersetuju untuk berjumpa dan mangsa juga bayar ganti rugi kepadanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun berada di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang mahu mencuba aplikasi terbabit dan secara tidak sengaja telah membuat tempahan kereta Proton Saga FLX.

Ugut3

“Mangsa telah menjelaskan bahawa tindakannya tidak disengajakan namun selepas tamat panggilan itu, pemandu terbabit telah menghantar pesanan WhatsApp dan mahu berjumpanya dengan segera.

“Mangsa telah bersetuju dan akan membayar RM25.50 sebagai ganti rugi.”

 

Paw barang online & ugut sebar gambar bogel

Mereka telah berjumpa pada pukul 1.10 pagi di lobi kediaman mangsa sebelum mangsa membayar ganti rugi dan memohon maaf.

Sekali lagi, tak cukup dengan ganti rugi dan permohonan maaf, pemandu tersebut telah mengarahkannya menanggalkan pakaian serta mengugut untuk melaporkan mangsa kepada polis sekiranya tidak berbuat demikian.

Akur (mungkin kerana ketakutan), mangsa kemudian telah membuat transaksi secara dalam talian sebanyak RM200 selepas diarah pemandu berkenaan. – Lapor Sinar Harian

Tak lama selepas kejadian, suspek menghubunginya lagi meminta RM2,000 dan memberikan tempoh selama 2 hari untuk melangsaikannya. Sekiranya gagal, gambar bogelnya diugut untuk disebarkan.

Kini polis sedang mengesan suspek berusia dalam 40 tahun dan kes disiasat bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

 

Baca : “Kau block aku…nanti aku datang” – Lelaki Intip Guna App Godam CCTV, Buat 61 Akaun Palsu Untuk Ugut Mangsa

Ugut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.