in

“Beranak & terus campak” – Remaja 19 Tahun Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai dicampak oleh ibunya dari tingkat 13 sebuah hotel di Jalan Bukit Mata, Kuching.


Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mayat bayi itu baru dilahirkan dan kemudian dijumpai pula oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis kira-kira pukul 9.20 malam. 

Apa yang menyayat hati, sepasukan polis telah membuat siasatan di tempat kejadian dan menemui mayat bayi malang berkenaan sedang terbaring di tempat kejadian dengan kecederaan di bahagian kepala.

Susulan siasatan lanjut, polis berjaya menahan seorang remaja perempuan yang berusia 19 tahun yang disyaki ibu kepada bayi berkenaan yang berada di bilik hotel terbabit. 

Remaja itu dipercayai telah melahirkan bayi itu di dalam bilik hotel sebelum mencampaknya keluar dari tingkat 13. 

Kejamya wahai ibu. 

Mayat bayi itu kini telah pun dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut. Ibu suspek juga turut dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Allahu, orang lain sanggup buat apa sahaja nak dapatkan anak, yang ni sanggup pulak bunuh anak. 

Baca: “Dah jadi trend ke?” – Remaja 16 Tahun Buang Anak Dari Tingkap Atas Rumah Teres Di Ipoh

Sumber: The Reporter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.