in

“Dah jadi trend ke?” – Remaja 16 Tahun Buang Anak Dari Tingkap Atas Rumah Teres Di Ipoh

Collage 31

Seorang bayi lelaki dengan tali pusat masih utuh telah ditemui masih hidup dan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh semalam.

Dipercayai bayi ini telah dibuang dari tingkap bilik atas kawasan rumah teres dua tingkat di sana oleh seorang remaja berusia 16 tahun, lapor NST.

Bayi ini telah mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dalam keadaan kritikal. Dia sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Campak13 1595152400

Seorang saksi yang juga merupakan jiran suspek mengatakan yang dia telah mendengar bunyi hentakan kuat di belakang rumahnya dan menemui bayi malang tersebut.

Pihak polis mendapat laporan tentang situasi ini pada jam 12.35pm dan di tempat kejadian, mereka menemui kesan darah di pagar tingkap dan cadar di dalam bilik remaja tersebut.

Suspek telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pun begitu, tiada kenyataan dari remaja tersebut kerana dia berada dalam keadaan lemah kerana hilang darah selepas bersalin.

Sebelum ini, seorang bayi meninggal selepas dibuang dari tingkat 13 sebuah apartment di Pulau Pinang oleh seorang pelajar kolej berusia 18 tahun dipercayai ibunya, Jumaat lepas.

 

Baca: “Kalau tak mau pun bagi lah orang” – Bayi Baru Lahir Dicampak Dari Tingkap Tingkat 4 Kerana Ibu Takut ‘Kantoi’ Dengan Keluarga

Screenshot 2020 07 20 At 5.22.26 Pm

Sumber: Harian Metro