in

Bengang Kalah Loteri, Lelaki Belasah Sami Sebab Nombor ‘Tak Kena’

Ft Lelaki Belasah Sami Kalah Loteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video baru-baru ini tular di Facebook, memperlihatkan seorang lelaki dari Thailand melakukan serangan fizikal terhadap seorang sami.


Pertengkaran bermula apabila lelaki itu tidak berpuas hati dengan sami yang memberikan nombor loteri kepadanya, di mana lelaki itu dijamin menang.

Artikel berkaitan : Lelaki ‘Claim’  Wang Loteri RM143 Juta Pakai Kostum, Rahsiakan Kemenangan Dari Keluarga Nak Elak Riak

Artikel berkaitan : Disangka Terima Emel ‘Spam’, Wanita Ini Terkejut Rupanya Memang Menang Loteri RM13.8 Juta

Dia mempercayai ramalan sami itu, namun apabila mendapati nombor itu tiada padanan, dia memukul sami itu kerana marah. Seorang wanita dari kuil cuba membantu, tetapi klip itu berakhir sebelum ia menunjukkan apa yang berlaku pada penghujungnya.

Dikatakan lelaki itu sebelum ini benar-benar menaruh kepercayaan dengan apa yang diperkatakan dan jaminan oleh sami itu kononnya lelaki itu “pasti menang”.

Screenshot 2024 02 27 182649

Selepas mendapat nombor, dia terus ke pengurup wang untuk mendapatkan wang tunai sebelum bertaruh pada nombor yang diberikan oleh sami itu. Bukan sahaja dia tidak memenangi apa-apa, malah lelaki itu juga kini terikat dengan bebanan berhutang

Rata-rata netizen menyifatkan bahawa perbuatan yang dibuat oleh sami itu adalah perkara karut, baginya seandainya apa yang diberikan itu menjadi, pastinya ramai orang dah jadi jutawan bahkan jelasnya ada segelintir sami ini hanya scam semata.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.