Gara-gara berang cinta ditolak, seorang lelaki telah bertindak di luar jangkaan dengan membakar sebuah kedai telefon bimbit tempat wanita berkenaan bekerja dekat Langkap, Teluk Intan, Perak, semalam.
Menurut Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata tindakan pantas pihak berkuasa telah berjaya menangkap suspek yang berusia 54 tahun di tempat kejadian.
Suspek yang merupakan seorang warga tempatan telah melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Suspek ditangkap dalam keadaan mabuk dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Dia telah dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan”, katanya.
Saksi nampak suspek simbah petrol dalam kedai
Pihak polis juga berkata, semasa kejadian itu berlaku, saksi telah melihat suspek datang ke kedai dan menyimbah petrol sebelum membakar kedai tersebut.
Kebakaran kedai yang juga milik adik wanita itu berlaku ketika mangsa, 46, sedang membuat laporan polis di Balai Polis Langkap kerana bimbangkan keselamatannya selepas suspek didakwa telah mengamuk di kedai itu kira-kira jam 2.30 petang hingga mencederakan mangsa.
Suspek juga katanya telah menghamburkan kata-kata lucah dan mengugut untuk membakar mangsa dan tempat kerjanya.
Dalam pada itu, polis juga memaklumkan yang suspek sebelum ini sering datang ke kedai telefon tersebut untuk memikat mangsa, walau bagaimanapun cintanya ditolak kerana mangsa sudahpun berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
Suspek beberapa bulan kebelakangan ini seringkali datang ke kedai dalam keadaan mabuk dan cuba memikat pengadu tetapi pengadu menolak dengan cara baik kerana telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak”, jelas pihak polis.
Suspek kini direman lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan.
Uish takutnya dengan orang yang obses sampai macam ni!
Baca: Tindakan Seorang Lelaki Bakar Mercun Atas Lebuh Raya Undang Kecaman Netizen