in

“Bengang asyik dapat anak perempuan” – Lelaki Belah Perut Isteri Sebab Nak Tengok Jantina Anak

Walaupun dunia sekarang dah moden, sesetengah negara masih lagi anggap dapat anak perempuan adalah perkara yang memalukan.

Seperti yang dilaporkan Times of India bila seorang lelaki 34 tahun dari Bareilly, India telah membelah perut isterinya menggunakan sabit lepas dapat tahu anak yang dikandung itu adalah perempuan.

Dikatakan, tujuan lelaki ni membelah perut isterinya sebab nak tengok kebenaran kata-kata paderi yang meramalkan anaknya itu perempuan selepas sebelum ini kesemua lima anaknya juga perempuan.

Bukan tu je, lelaki ni juga dikatakan telah memaksa isterinya menggugurkan anak selepas dia yakin anak yang dikandung itu perempuan.

“Abang ipar saya selalu pukul kakak saya bila dia lahirkan lima anak perempuan. Ibu bapa kami dah pernah masuk campur tapi tak ada yang sangka dia akan buat sekejam itu. Bila saya sampai saya nampak darah di mana-mana.”

Perut Anita dibelah dan dia beritahu suaminya yang buat.”

Nasib baik bayi di dalam kandungan isterinya itu tak cedera namun kesihatan Anita makin teruk kerana kerosakan organ dan pendarahan berlebihan.

Lelaki tersebut telah pun ditahan di bawah Seksyen 307 kerana cubaan membunuh.

 

Baca: “Waktu mengandung pun dia amik dadah” – KEJAM! Pasangan China Jual Anak Baru Lahir RM36 Ribu Sebab Nak Beli Syabu