in

“Benda ni jadi dekat lelaki jugak” – Lelaki Buka Cerita Kena ‘Intai’ Masa Buang Air Dekat Tandas MRT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi WORLD OF BUZZ, seorang lelaki dengan nama samaran Eli menceritakan tentang kejadian yang pernah berlaku ke atas dirinya semasa buang air di tandas MRT Pasar Seni.


Pada 15 Julai lalu, Eli telah menggunakan tandas di MRT Pasar Seni dan sempat menangkap seorang lelaki mengintainya. Pada awalnya, Eli yang terkejut dengan tindakan lelaki ni berhajat untuk biarkan je tapi lepas dia fikir lelaki ni memang dah ada kat situ sebelum ni masuk, Eli mula curiga.

Ketika Eli nak keluar dari tandas tersebut, dia toleh ke belakang dan perhatikan lelaki tersebut dan melihat lelaki itu sedang intai lelaki lain yang sedang buang air kecil di sebelahnya.

Bila lelaki yang mengintai tu sedar perbuatannya dah terkantoi, dia cuba untuk cover dengan membasuh tangan di sinki dan cuba untuk keluar dari tandas macam biasa.

Tanpa melengahkan masa, Eli mula menjerit ke arah lelaki tersebut tapi dia buat tak dengar dan berpura-pura bercakap dalam telefon. Eli kemudiannya meminta lelaki tersebut untuk memberi telefonnya supaya dia dapat tengok kalau-kalau lelaki ni ada ambil gambar orang lain dalam tandas tu, tapi orang tu berkeras tak nak bagi.

Selepas gagal melihat telefon lelaki ini, Eli kemudiannya pergi ke arah polis bantuan untuk laporkan hal ini. Untungnya, pihak polis bertindak pantas dan berjaya mengesan lelaki tersebut.

Keesokan harinya, Eli mendapat panggilan dari pihak polis mengatakan yang dorang dah berjaya menahan suspek dan tunjukkan gambar untuk pengesahan. Bekerjasama dengan Rapid KL, pihak polis meminta Eli membuat laporan polis rasmi mengenai kejadian ini.

Menurut Eli lagi, kejadian yang berlaku ke atasnya memberikan dia trauma dan bila dia berhadapan dengan lelaki tersebut, dia rasa sangat marah sampai tangannya menggeletar.

Lepas Eli kongsi kisahnya ini, ramai lelaki lain telah tampil ke depan dan kongsi cerita mereka pernah diganggu lelaki lain di tandas awam.

Ramai lelaki takut nak kongsi pengalaman dorang kerana dorang rasa benda ni memalukan saya lega ramai yang dah berani cerita pengalaman dorang dekat saya.

Dengan perkongsian ini, Eli berharap lebih ramai orang sedar yang gangguan seksual turut berlaku ke atas lelaki dan takut jika benda yang terjadi ni, kena dekat remaja atau kanak-kanak lain.

 

Baca: “B*rak pun selera” – Lelaki Intai Lelaki Lain Tengah ‘Lepaskan Hajat’ Kena Denda RM100

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.