in

“Benar rentas daerah atau kami tunjuk perasaan” – Pengusaha Bas Ekspres Sabah ‘Ugut’ Kerajaan Benarkan Rentas Daerah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah (SEBOC) berkata tunjuk perasaan akan dilakukan sekiranya kerajaan negeri masih tidak membenarkan laluan rentas daerah. Menurut FMT, SEBOC mendesak agar kerajaan membenarkan rentas daerah bagi membolehkan perkhidmatan bas ekspres beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.


Kata Presiden SEBOC, Donald Hanafi, mereka membuat keputusan sedemikian selepas satu mesyuarat diadakan hari ini. Donald turut mempersoal mengapa kerajaan negeri tidak mengikut langkah diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan rentas daerah di 5 negeri lain.

Pengusaha bas ekspres mendapati ramai pemilik kenderaan persendirian dapat rentas daerah dan yang terkini perkhidmatan kapal terbang juga sudah beroperasi.”

Beban kerugian ditanggung pengusaha bas ekspres tidak dapat dibendung lagi kerana rentas daerah belum dibenarkan, pemandu dan kakitangan terlibat tidak mampu lagi meneruskan hidup kerana tiada pendapatan.”

Sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil perhatian atau berbincang dengan persatuan, maka kami akan membuat tunjuk perasaan di depan pejabat ketua menteri.”

Langkah itu saya harap akan membuka mata pihak berkuasa kerajaan negeri, lebih 100 bas termasuk pemandu dan kakitangan akan menyertai tunjuk perasaan ini jika kami tidak dipedulikan.”

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa aktiviti merentas daerah dibenarkan di seluruh negara kecuali Sabah.

Baca: Dah Boleh Rentas Daerah Tapi Bukan Negeri – MKN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.