Bayi kepada pasangan Zahirah dan Aiman Hakim Ridza yang bernama Isaac Raees ini dikatakan sudah berusia 10 bulan!
Namun disebabkan bayinya itu dilahirkan di Perth, Australia yang merupakan kediaman keluarga pelakon wanita tersebut, datuk si kecil ini yang menetap di Malaysia tidak berpeluang bertemu dengannya sepanjang tempoh bersalin dan pantangnya di sana.
Enam bulan selepas itu, barulah pasangan ini membawa bayinya pulang ke tanah air. Namun, dikatakan pada waktu tersebut, Zahirah sedikit terkilan kerana masih belum dapat membawa cahaya matanya bertemu dengan datuknya yang menetap di Perlis.
Bapa pelakon wanita ini, Zainol Macwilson semalam akhirnya bertemu dengan cucu lelakinya buat pertama kali setelah tidak dapat berjumpa sejak lahir!
https://www.instagram.com/p/CVPSzW6pIt3/?utm_medium=copy_link
Melalui perkongsian di laman Instagram milik Zahirah, bapa pelakon tersebut akhirnya berjaya bertemu dan mendukung cucunya buat pertama kali setelah pengumuman rentas negeri dibenarkan.
Reaksinya yang terlalu beremosi sehingga menangis semasa pertama kali mendukung cucunya itu mengundang rasa terharu lebih-lebih lagi apabila cucunya itu juga kelihatan seperti begitu selesa dan gembira bertemu datuknya.
Tidak ketinggalan, rakan-rakan artis juga ada yang meninggalkan komen tanda turut menumpang gembira atas berita penyatuan itu. Para netizen pula kebanyakannya tak henti-henti memuji kecomelan si kecil Isaac yang tak meragam pun semasa bertemu datuknya.
Baca: “InsyaAllah kami pulang bertiga” – Zahirah Dan Aiman Pulang Ke Perth Sambut Kelahiran Cahaya Mata