Selepas melahirkan anak sulung, Mohd Saiful Sudin mengatakan yang isterinya, Nor Fadila Che Par koma. Namun selepas sedar, isterinya itu hanya terlantar dan tidak dapat menguruskan diri.
Sejak dari itu, Saiful tidak jemu menjaga isterinya. Dia juga tidak pernah berputus asa memberikan sepenuh perhatian kepada Fadila di samping menjaga permata hati mereka, Mohd Syahmi yang kini sudah berusia 7 tahun.
Artikel berkaitan : “Sudah meninggalkan kita semua…” – Cikgu E Meninggal Dunia
Artikel berkaitan : Keluar Cari Lembu, Guru Silat Ditemui Meninggal Dunia Lepas 4 Hari Hilang
“7 tahun jaga isteri sakit, belum puas rasanya”
Tambahnya, isterinya itu hanya memberikan isyarat mata sebagai tanda untuk berkomunikasi. Namun begitu, setelah 7 tahun menjaga isterinya, Nor Fadillah Abd Rahman menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi, pada hari Rabu.
“Selamat jalan isteriku, abang redha ayang pergi..Tujuh tahun jaga isteri sakit, belum puas rasanya. Rasa sekejap sahaja masa, namun hari ini saya reda apabila dia pergi buat selama-lamanya.”

Difahamkan, Nor Fadhillah mengalami kerosakan buah pinggang tahap tiga, jangkitan kuman pada paru-paru, hati rosak serta jantung lemah selepas mengalami demam selama beberapa hari.
“Abang halalkan makan minum, ampunkan dosa dan reda ayang pergi. Sebelum itu, doktor memaklumkan isteri perlu ditidurkan, namun kerana tidak ingin mengambil risiko oleh kerana dia telah lama terlantar sakit sebelum ini maka ia tidak diteruskan.”

Bercerita mengenai detik terakhir pemergian isterinya, Saiful menjelaskan bahawa dia ada berpesan dengan isterinya untuk tidur namun isterinya hanya merenungnya.
“Sebelum itu, doktor memaklumkan isteri perlu ditidurkan, namun kerana tidak ingin mengambil risiko oleh kerana dia telah lama terlantar sakit sebelum ini maka ia tidak diteruskan.”
“Sehinggalah jam 2 pagi keadaan isteri stabil dan pada jam 8.30 pagi tadi selepas memberinya minum susu, dia hanya merenung wajah saya.”
“Saya cakap…..ayang tidurlah. Namun, dia masih merenung saya sehinggalah tiba-tiba mesin berhenti secara mengejut. Saya sempat mengajar dia mengucap dan bisik padanya…abang halalkan makan minum, ampunkan dosa dan reda ayang pergi.”
Memetik laporan Sinar Harian, semenjak Nor Fadillah terlantar, Saiful sanggup berhenti kerja untuk menjaga isterinya itu bersama anak tunggal mereka.
Saiful hanya mengambil upah bekerja kampung yang tidak akan memaksanya keluar lama kerana bimbang dengan keadaan isteri.
“Jenazah isteri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir pada jam 6 petang tadi(semalam).”
Kisah mereka ini pernah tular pada tahun 2020 setelah seorang suami membuktikan cinta sejati apabila sanggup menjaga isterinya yang lumpuh di Kampung Kok Lintang, Kelantan.
Ketika melahirkan anak, dikatakan jantung Nor Fadillah terhenti seketika semasa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak sulung mereka pada 18 November 2018.
Sumber : Sinar Harian
