Apa yang anda selalu buat ketika kekasih hati sedang merajuk? Beri bunga mawar 12 kuntum? Hantar sekotak coklat Ferrero Rocher? Ataupun hadiahkan teddy bear sebesar manusia untuk dipeluk pada waktu malam? Namun setelah melakukan kesemua perkara ini, gadis yang anda cinta itu masih lagi merajuk dan anda kini sudah kering dengan idea nak buat apa.
Jangan risau! Apa kata kalau anda hadiahkan jambangan ayam goreng? Perempuan mana yang akan menolak makanan kan? Mesti mereka suka! Oleh itu, kami senaraikan tujuh kedai online untuk anda beli jambangan ayam sebagai salah satu cara pujuk awek tu. Hehe
1. Soul 21st Design
Dibuka sejak tahun 2015, Soul 21st Design pakar dalam menguruskan dekorasi perkahwinan dan majlis keraian. Namun apa yang membuatkan kedai online ini menarik ialah ia menyediakan jambangan ayam bersama bunga dan buah-buahan buat pelanggan sekitar Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.
Instagram: soul21stdesign
2. Bungareka
Nama kedainya saja sudah unik, begitu jugalah gubahan jambangan ayam daripada Bungareka ini. Anda boleh memilih untuk gandingkan ayam goreng dengan strawberi, coklat dan bunga ros merah dalam satu bekas. Cair awek anda yang menerimanya!
Instagram: bungareka.my
3. Petals Note
Kedai online yang baru dibuka dua tahun lepas ini berpegang kepada tagline sweet yang berbunyi, “Making beautiful flowers a part of life”. Tidak hanya menyediakan jambangan ayam goreng, anda juga boleh berikan kekasih anda jambangan strawberi merah yang pasti akan memaniskan wajah masamnya itu.
4. Koffeeling.fefeeling
Ayam goreng biasa mungkin tidak akan berjaya memujuk kekasih anda yang tengah merajuk tu. Apa kata beri jambangan yang berisi ayam daripada restoran makanan segera seperti A&W, Texas Chicken ataupun 4Fingers? Sedap hingga menjilat jari ni!
Instagram: koffeeling.fefeeling
5. J Party Havoc
Selain daripada menghasilkan jambangan ayam goreng yang sedap, J Party Havoc juga pakar dalam menghasilkan cupcakes bertema serta jambangan berisi sayuran yang lain daripada lain. Tak rugi tempah dengan dorang ni!
Instagram: jpartyhavoc
6. My Floria
Mahu beri jambangan ayam tapi takut terlebih bajet? My Floria boleh menyediakan jambangan ayam goreng mengikut bajet anda dengan hiasan floral yang unik dan menarik. Awek anda pasti tak tidur lena selepas mendapat jambangan ayam dari My Floria.
Instagram: myfloria.my
7. Bouquet x Anna
Nak jambangan ayam yang sedap tetapi digubah dengan bentuk yang lebih simple dan elegan? Mungkin Bouquet x Anna sesuai untuk anda buat tempahan. Servis jambangan ayam dan bunga ini hanya disediakan di kawasan Kuching, Sarawak.
Instagram: bouquetxanna
Macam mana? Dah pilih kedai yang sesuai untuk anda belikan jambangan ayam buat awek yang tengah merajuk tu? Goodluck bro!
Baca: Ingin Beri Kejutan Buat Orang Tersayang? Ini Dia 8 Florist di Lembah Klang Yang Anda Perlu Follow!