in

Bekas MT UMNO Dakwa MB Terengganu Tengah Bercuti Di New Zealand Masa Negeri Dilanda Banjir?

Ft Mb Terengganu Bercuti Ke Nz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam mendakwa bahawa Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar kini sedang bercuti bersama keluarga di Auckland, New Zealand ketika banjir besar melanda negeri di bawah pentadbirannya.


Menerusi sumber Malaysiakini, dakwaan itu dibuat ketika sedang siaran langsung di media sosial malam tadi. Katanya, Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Disember dan hanya dijangka pulang esok (22 Disember).

 

“Bulan madu lebih penting” – Lokman

Kata Lokman, penerbangan Samsuri itu tidak ada sebarang perubahan. Jadual penerbangan juga (untuk Samsuri) tidak ada perubahan.

“Maknanya, bulan madu dengan isteri dia itu lebih penting daripada (penderitaan rakyat) … kamu faham-faham sajalah. Ini amat menyedihkan.”

Lokman juga menyatakan bahawa beliau ada maklumat terperinci mengenai percutian Samsuri iaitu resit kereta sewanya.

Dalam pada itu, Lokman turut membidas berkenaan dengan kutipan derma bagi mangsa banjir yang dijalankan oleh naib presiden PAS itmelalui pejabatnya sebagai ADUN Rhu Rendang meskipun tidak hadir secara fizikal.

Keadaan banjir semakin bertambah buruk di Terengganu.Setakat jam 4 petang tadi, hampir 20 ribu mangsa terjejas di…

Posted by Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar on Monday, December 19, 2022

Sumber melaporkan bahawa semakan Facebook rasmi Samsuri juga menunjukkan bahawa hantaran kini dipenuhi dengan update pasal banjir di negeri terbabit. Namun begitu, sumber mendapati tiada satu daripadanya menunjukkan beliau melawat kawasan yang dilanda bencana.

Tambah sumber Malaysiakini lagi, spekulasi mengenai keberadaan Ahmad Samsuri semakin menjadi-jadi apabila beliau tidak kelihatan saat Presiden PAS Abdul Hadi Awang melawat beberapa pusat pemindahan banjir di Terengganu semalam.

Setakat pagi ini, lebih 40,000 mangsa banjir ditempatkan di 297 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri Terengganu.

Baca : “Ni banjir coway ke?” – [VIDEO] Netizen Terkejut Tengok Air Banjir Rumah Ini Jernih

Banjir Air Jernih Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.