in

Bekas Isteri Abang Viva ‘Spill Tea’, Dedah Cerita Sebenar Perceraian?

syaz ft 2025 12 04T131726.464

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Drama rumah tangga membabitkan ikon sukarelawan, Abang Viva, kembali mencuri perhatian selepas bekas isterinya, Evanoza, tampil membuat beberapa pendedahan di media sosial.

Menurutnya, dia terpaksa bersuara kerana mendakwa dirinya difitnah serta dituduh melakukan perkara yang tidak benar. Dalam beberapa hantaran panjang di Facebook, Evanoza mendakwa kehidupannya sejak bercerai tidak pernah tenang kerana isu peribadi mereka sering diungkit semula.


Artikel berkaitan: “Maruah kita saja kena pijak” – Abang Viva Sahkan Sudah Bercerai

Artikel berkaitan: “Peluk cium aku, dalam masa sama mengata aku” – Isteri Abang Viva Luah Rasa Kecewa Curi Tumpuan Warganet

Katanya lagi, meskipun dia memilih untuk berdiam diri sebelum ini, keadaan kini memaksanya tampil mempertahankan diri. Evanoza turut mendakwa bahawa selama bergelar isteri, banyak perkara sebenar yang disimpannya demi menjaga keadaan.

Beliau mendakwa serangan terhadap dirinya di TikTok dan Facebook bermula selepas dia menolak ajakan untuk kembali bersama bekas suaminya.

Dalam beberapa hantaran lain, Evanoza turut membangkitkan pengorbanan yang dilakukan sepanjang perkahwinan, termasuk urusan rawatan keluarga, kos membaik pulih rumah dan pelbagai perbelanjaan lain.

“Tak ada perempuan yang kahwin impikan untuk bercerai… takda! Kalau ada kenapa saya habiskan RM20k untuk bilik kelamin kami. Tapi semalam katanya barang-barang saya yang baru 2 bulan dipakai akan dijual dengan harga murah. Takpa la… Eva redha,” tulisnya di Facebook.

Beliau juga mendakwa pernah berusaha membantu bekas suaminya mendapatkan lesen memandu selepas lima tahun tidak mempunyai lesen, namun ia dikatakan tidak berjaya.

Dalam satu hantaran lain, Evanoza turut merayu agar kemelut yang berlaku dihentikan dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.