Seorang bekas askar bakal menjalani hukuman penjara 16 tahun selepas rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan hari ini telah ditolak.
Malah, mahkamah juga turut membenarkan rayuan pendakwa raya untuk menjatuhkan hukuman yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen pada tahun 2018 iaitu penjara 16 tahun dan 6 sebatan.
Ketika menolak rayuan Muhammad Bukhori Mohd Zawawi, pengerusi Mohamad Zabidin Mohd Diah mengatakan yang hakim perbicaraan dan mahkamah tinggi tak keliru ketika mendapati tertuduh melakukan kesalahan tersebut, lapor FMT.
Selepas meneliti serahan bertulis dan lisan, kami mendapati pendakwaan terhadap tertuduh adalah selamat.”
Bagaimana pun, mahkamah rayuan mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengurangkan tempoh penjara dari 16 tahun ke 10 tahun adalah salah.
Isteri tertuduh dan ibu bapanya kelihatan menitiskan air mata apabila waran komital diberikan. Sebelum ini Bukhori dibebaskan dengan jaminan RM30,000.
Mahkamah juga turut membenarkan Bukhori untuk menjalankan hukuman di penjara Pengkalan Chepa berdekatan Kota Bharu.
Untuk pengetahuan korang, Bukhari telah melakukan kesalahan tersebut diantara jam 11 malam 15 Oktober dan 1 pagi 16 Oktober 2016 ketika gadis itu berusia 17 tahun 10 bulan di Bukit Peraksi Semerah, Pasir Mas, Kelantan.
Mahkamah memberitahu yang Bukhori telah pergi ke tempat kerja gadis yang bekerja sebagai juruwang itu bersama dua lelaki lain di dalam kereta untuk menghantar mangsa pulang ke rumah.
Pada awalnya, mangsa menolak selepas melihat dua lelaki tak dikenali di dalam kereta, tetapi selepas dipujuk tertuduh, gadis tersebut membuat keputusan untuk mengikut mereka.
Namun, Bukhori tak menghantar gadis tersebut ke rumah seperti dirancang tapi sebaliknya ke lokasi kejadian untuk merogol mangsa.