in

Bawa ‘Handbag’ Dior Lebih RM 26K, Netizen Kecam Isteri MB Kelantan?

Handbag Dior Isteri Mb Kelantan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bencana banjir telah ‘menyerang’ kebanyakkan negeri di Pantai Timur semenanjung Malaysia sejak Ahad lepas dan kita boleh memanjatkan rasa syukur kerana keadaan di negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu semakin pulih.

Dua hari lepas, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan mengumumkan bantuan RM 100 juta kepada mereka yang terkesan dengan bencana tersebut di Kelantan dan Terengganu.


Pun begitu, ketika PM mengadakan lawatan tersebut sesuatu yang lain telah menarik perhatian netizen.

Isteri kepada Menteri Besar (MB) Kelantan, Datin Hajjah Siti Zabidah binti Ab. Hamid dilihat membawa beg tangan berjenama Dior yang dikatakan berharga RM 26,500.

Cats 26

Netizen memberikan respon yang berbeza terhadap perkara tersebut, ramai antara mereka yang merasakan tindakan isteri MB Kelantan itu seperti tidak peka dengan keadaan mangsa banjir di negeri tersebut.

Bnjrmb

Pun begitu, ada juga yang merasakan ianya perkara yang biasa kerana wanita sememangnya suka membelanjakan wang mereka untuk membeli beg tangan, menjadi isteri kepada MB sudah pastinya dia mampu untuk membeli beg tangan dengan harga sebegitu.

Bnjrmb2

Hmm, apa pendapat korang pulak? 

Baca: Kemeja Burberry Harga RM 2,390 Milik PM Ismail Sabri Undang Persoalan Netizen

Pm Mail

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.