in

Bayaran BKM Fasa 2 Dimasukkan Secara Berperingkat Mulai Hari Ini – Menteri Kewangan

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini (27 Jun 2022).


Melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter rasmi Kementerian Kewangan, Tengku Zafrul menjelaskan penerima BKM boleh menyemak status pembayaran melalui https://bkm.hasil.gov.my.

Seperti mana diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, BKM Fasa 2 telah ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, dengan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.0 bilion.

“BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.”

Untuk pengetahuan korang, BKM kali ini merupakan bantuan tunai langsung yang paling tinggi dalam sejarah melebihi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM 2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480).

“Ini adalah peningkatan bantuan sebanyak 120% sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.”

Bersama kenyataan ini, Kementerian Kewangan turut mengeluarkan jaduan amaun bayaran BKM mengikut fasa termasuk bantuan tambahan sebagai rujukan.

Fwokbdsakaad9To

Korang yang layak tu jangan lupa check pulak akaun korang okay?

 

Baca: Ramai Bising Permohonan BKM Tak Lulus, Rupa-Rupanya Sebab Status Pelajar?

Screenshot 2022 06 27 At 2.37.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.