Kes berkenaan wabak penyakit, Novel Koronavirus (2019 n-CoV) hari ini mempunyai perkembangan baru apabila seorang lelaki dari Jepun telah disahkan menghidap wabak tersebut.
Menurut The Star, Menteri Kesihatan Jepun telah mengesahkan hal ini di mana seorang lelaki yang berkerja sebagai pemandu bas pelancong berusia 60-an di bandar Nara menghidap koronavirus.
Tak pernah ke Wuhan tapi dijangkiti koronavirus?
Agak mengejutkan jugalah, kes ini antara kes pertama melibatkan rakyat tempatan di Jepun yang tak pernah berkunjung ke Wuhan tapi disahkan menghidap wabak tersebut.
“Pemandu bas pelancong itu bagaimanapun tidak pernah ke bandar Wuhan, China iaitu lokasi bermulanya virus koronavirus.
“Dia telah disahkan menghidap radang paru-paru pada Sabtu lalu dan telah ditahan di hospital wilayah Nara,” jelas Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato.
Tambahnya lagi, pemandu bas ni juga katanya ada ‘bertemu’ dengan beberapa pelancong dari Wuhan daripada 8 hingga 16 Januari lepas.
Dia mula menunjukkan gejala penyakit tersebut pada 14 Januari dan telah dimasukkan ke hospital 25 Januari lepas sebelum didiagnos mempunyai penyakit tersebut.
Sehingga setakat ni, jumlah mereka yang sah dijangkiti koronavirus di Jepun meningkat ke 6 orang. Manakala Malaysia pula meningkat ke 7 orang.
“Pemandu pelancong.. Bayangkan dah berapa ramai orang dia jumpa & sentuh”
Berita terbaru mengenai kes wabak ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen yang risau perkara yang sama akan berlaku di Malaysia.
Harap-harap para doktor dan saintis cepat-cepatlah jumpa antidot yang sesuai untuk penyakit ni.