in

Bawa Watak Anwar Ibrahim Dalam Filem Baharu, Farid Kamil Sedia Terima Kecaman Ramai

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon popular, Farid Kamil berkata dia sanggup berdepan dengan sebarang risiko selepas menerima tawaran menghidupkan watak tokoh politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem berjudul Anwar.


Jelas Farid, dia mengamalkan sikap terbuka dengan apa sahaja pandangan termasuk kecaman warganet, lebih-lebih lagi dalam membawa watak tokoh atau individu kontroversi. Kata pelakon itu, ini adalah lumrah sebagai seorang pelakon profesional.

Farid Kamil

Sambung Farid yang sudah mula berjinak-jinak dalam dunia pengarahan, apa sahaja dugaan yang datang akan dianggap sebagai cabaran baharu dalam hidupnya.

“Apabila saya bersetuju membawa watak tokoh politik yang masih aktif seperti Anwar, bermakna saya sudah bersedia terima rintangan dan dugaan yang bakal mendatang.

“Tidak dinafikan apabila saya memilih membawakan watak Anwar, ia menjadi sesuatu yang baharu dan luar jangkaan.

“Bagaimanapun, maklum balas awal yang diterima daripada peminat sangat positif”, jelas pelakon ini dalam satu kenyataan.

Menerusi kenyataan yang sama, Farid berkata filem ini akan memberi jawapan terhadap persoalan mengapa Anwar yang pada ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, diperlakukan sedemikian pada insiden tahun 1998.

69De69D294C178B686D7A1159906Bb1D

Selain itu, Farid mengaku antara faktor lain yang mendorongnya untuk menerima tawaran melakonkan watak Anwar Ibrahim adalah restu dan dorongan kuat ibunya. Menurut sumber, Farid kini berada di Jakarta untuk menjalani penggambaran filem Anwar terbitan syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment.

Untuk rekod, filem Anwar masih dalam pembikinan dan ia mengisahkan tentang perjuangan Anwar Ibrahim pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat daripada kabinet.

Selain Farid Kamil, filem Anwar turut menampilkan pelakon hebat seperti Acha Septriasa yang membawa watak Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad), Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Kredit: Berita Harian

BACA: PRU 15: Syed Saddiq Mahu Fokus Berkhidmat Untuk Rakyat, Akui Terhutang Budi Kepada Penduduk Muar

Cats 18

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.