in

“Batman pun berjangkit” – Robert Pattison Disahkan Positif Covid-19, Penggambaran Filem ‘The Batman’ Ditangguhkan

Bb 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang pelakon ternama Hollywood, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai ‘The Rock’ bersama ahli keluarganya yang lain yang disahkan positif Covid-19.


Terkini menerusi laporan The Star, peneraju utama filem ‘The Batman’, Robert Pattison pula dijangkiti Covid-19.

B 3

Menurut kenyataan Warner Bros, filem yang dijangka akan ditayangkan pada 2021 itu terpaksa dihentikan seketika penggambarannya berikutan salah seorang kru produksi dijangkiti Covid-19.

Namun begitu, Warner Bros tidak mendedahkan sebarang maklumat tentang individu yang dijangkiti wabak itu.

Walau bagaimanapun, media tempatan mengatakan bahawa individu itu adalah bintang utama filem itu iaitu Robert Pattison.

 

Baca: “Berjangkit dari rakan terdekat keluarga” – The Rock, Isteri & Dua Anak Disahkan Positif Covid-19 3 Minggu Lepas

1 3

Sumber: The National

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.