Tengah menghitung waktu untuk hari bahagia bersama pasangan tapi seorang wanita terpaksa memutuskan pertunangannya. Melalui satu posting yang viral dekat Twitter, jurumekap kongsi cerita pasal salah seorang client yang bagitahu dia tak jadi kahwin walaupun majlis lagi 2 bulan.
Guys! In need of your RT okay sebab one of my client baru je putus tunang 2 BULAN BEFORE KAHWIN sbb that guy were abusive 🙁 Have you girls or guys heard of Kseena House?? Well my client ada delay booking sampai 20/12/20. Please follow this thread ;
— Aina Shahirah (@ainarwkstar) September 26, 2019
Kak maaf mesej malam malam, saya tak jadi kahwin sebab tak tahan dengan tunang saya kaki pukul, baki makeup saya akak simpan je la.”
Difahamkan, client tu dah spend hampir RM30,000 untuk persiapan perkahwinan dan terpaksa menanggung kerugian. Client itu juga dah bagitau wakil lokasi perkahwinan yang dia nak tangguh tarikh kepada 20 Disember 2020.
My client dah bayar semua and now since putus tunang, tak jadi kahwin and kena cari boyfriend baru pulek, she needs to continue her life and move on.”

Untuk tak ambil risiko (tangguh tarikh tapi nanti tak jumpa calon lain pula), jurumekap ini minta bantuan ramai netizen dekat Twitter untuk hebahkan tentang lokasi perkahwinan tu.
Maksudnya, manalah tahu ada keluarga atau kenalan yang nak kahwin tahun depan, boleh ambil slot tarikh tu. Client tersebut juga bagitau sesiapa yang berminat akan diberi diskaun hampir RM8,000.
Korang yang nak kahwin tu boleh saving up to 8k!! The exact price were below 30k, my client nak let go for 20k negotiable.”

Kalau ada sesiapa dalam keluarga atau dalam kalangan kawan korang yang plan nak kahwin tahun depan, bolehlah tunjuk tweet tu dekat dorang. Cantik tau tempat kahwin tu! Gambar wedding nanti mesti onsss!!
Untuk maklumat lain boleh rujuk di tweet jurumekap tu ye.