in

“Baru dia tahu wanita Malaysia macam mana” – Tindakan Wanita Ini Bongkar Taktik Licik Peniaga Buat Ramai Puas Hati

peniaga vietnam tipu timbangan pelancong malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila melancong ke luar negara, salah satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah sentiasa berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, dua pelancong Malaysia hampir menjadi mangsa penipuan ketika membeli-belah di pasar tempatan dipercayai di Vietnam.


Menerusi video yang dikongsikan oleh @ifanazirahnawi di TikTok, kelihatan dua orang wanita sedang membuat urusan jual beli buah anggur daripada peniaga tempatan.

Difahamkan, buah anggur yang dibeli oleh wanita dan rakannya itu dipercayai bernilai 100,000 Vietnamese Dong (VND) bagi sekilo buah.

Artikel berkaitan: 7 Sisi Gelap Vietnam Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Teruja Lihat Lily, Gadis Vietnam Viral Fasih Cakap Bahasa Melayu

Ketika dia memberikan wang seperti mana yang dipersetujui, peniaga tersebut meminta supaya dibayar pada harga yang lebih tinggi dengan mendakwa timbangan buah itu lebih sekilo.

Screenshot 2025 09 23 151224

Bagaimanapun, dia menegaskan hanya mahu membeli buah tersebut dengan jumlah 100,000 VND. Kemudian, peniaga tersebut mengambil duit daripadanya lalu membuang beberapa biji buah anggur daripada bungkusan.

Melihatkan tindakan peniaga tersebut, wanita berkenaan mengambil semula plastik berisi anggur itu dan menimbang sendiri.

Wanita itu terkejut apabila mendapati berat buah anggur itu tidak sampai sekilo seperti yang didakwa oleh peniaga terbabit.

Diketahui, peniaga itu telah menipu timbangan dengan menimbang buah tersebut bersama sebuah raga berwarna kuning.

Berang dengan tindakan peniaga itu, wanita terbabit terus membuat keputusan untuk membatalkan pembeliannya dan meminta kembali wangnya.

Dalam video itu, turut dipaparkan aksi perebutan wang apabila peniaga terbabit seperti tidak mahu wanita itu mengambil kembali duitnya.

“Hati-hati pergi Vietnam. Kaki kencing bersepah,” tulisnya.

@ifanazirahnawi

Hati2 g Vietnam. Kaki kencing bersepah

♬ original sound – Ifa nazirah nawi – Ifa nazirah nawi

“Baru dia tahu wanita Malaysia macam mana”

Rata-rata netizen yang melihat video itu berpuas hati apabila melihat ketegasan dan keberanian wanita itu supaya dirinya tidak menjadi mangsa penipuan orang tempatan.

Screenshot 2025 09 23 150640 Screenshot 2025 09 23 150710 Screenshot 2025 09 23 150746

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama pernah berhadapan dengan peniaga sebegitu ketika melancong ke sana.

Screenshot 2025 09 23 150735 Screenshot 2025 09 23 150805

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.