in

“Baru betul king!” – [VIDEO] Perodua Myvi Bakal Jadi Kereta Peronda Polis?

Pdrm Myvi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang mempunyai kereta di Malaysia ini, mesti kenal dengan King of The Road iaitu sebuah kereta keluaran tempatan Perodua Myvi.

Kereta yang dikeluarkan oleh syarikat automobil Perodua itu merupakan kereta subcompact atau supermini (B-Segment) yang dilancarkan sejak tahun 2005.


Sebagai info, Myvi adalah kereta yang paling laris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2014. Kemudian, ia sekali lagi menjadi kereta terlaris di Malaysia untuk empat tahun berturut-turut, antara 2018 dan 2021.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memeranjatkan ramai netizen apabila kereta ikon itu dilihat mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

@infodashcam

#fyp #trendingnewsmalaysia #dashcammalaysia #beritatiktok

♬ original sound – Info Dashcam – Info Dashcam

Perkongsian video dalam TikTok @infodashcam itu menimbulkan spekulasi dari netizen, ramai yang mendakwa Myvi akan menjadi salah satu kereta kegunaan badan beruniform tersebut.

Terkenal dengan jolokan King of The Road, ramai netizen teruja malah ramai juga yang berjenaka pihak polis akan dapat membanteras jenayah lebih pantas dengan kereta yang terkenal dengan kelajuannya itu.

Myvipdrm

Pun begitu, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung perkara ini tetapi ada netizen mendakwa Myvi itu mungkin digunakan sebagai kenderaan polis bantuan di kilang Perodua berikutan pelekat Perodua yang dilihat di bahagian belakang dan sisi kereta.

Hmm, menarik jugak ni kalau Myvi jadi kereta polis…

Baca: Meta Dakwa PDRM Adalah Pihak Disebalik Akaun ‘Troll’ Sokong Kerajaan Di Media Sosial?

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.