in

“Baru ada kesempatan untuk analisa video” – Timbalan Speaker Mohon Maaf Isu Kenduri Durian, Sedia Beri Kerjasama Pada Polis

Kes Durian Langgar Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, viral di media sosial sebuah video yang menunjukkan sekumpulan individu berkumpul di dalam satu dusun menikmati ‘kenduri durian’.


Menerusi dakwaan netizen, ‘kenduri durian’ berkenaan telah dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mana sekaligus telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Makan Durian Mp Batu Pahat

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Malaysiakini semalam, Mohd Rashid telah menafikan dakwaan terbabit dan mengatakan ia sebuah ‘video lama’.

Pun begitu, hari ini menurut Astro AWANI, Timbalan Speaker terbabit memohon maaf atas kekhilafan beliau berkaitan penjelasan berkenaan video dijamu durian itu.

Dalam satu kenyataan media, Mohd Rashid berkata, dia telah memberi ulasan kepada pertanyaan media tanpa meneliti video tersebut terlebih dahulu.

Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

“Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya,” katanya.

 

Hadir ke kebun durian untuk bincang bantuan yang boleh dihulurkan 

Mohd Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, sejak PKP yang pertama sampai sekarang, dia sering terima aduan daripada pekebun kecil termasuklah pengusaha sayur dan buah-buahan yang sukar menjual hasil tanaman kerana jualan yang merosot.

“Setelah meneliti, salah satu video yang tular semalam merupakan lawatan saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang mana turut terkesan berikutan PKP ini.

“Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja Datuk Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang,” jelasnya.

E5Bcr4Xvoay6Si6

Setelah rombongan menteri pulang, dia kemudian dibawa ke kebun salah seorang pengusaha pada sebelah petang untuk dengar permasalahan yang dihadapi.

Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami.

“Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan,” katanya.

Durian

Dalam pada itu, Mohd Rashid juga berkata yang dia sedia memberi kerjasama kepada polis susulan isu tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah, kertas siasatan sudah dibuka susulan satu laporan dibuat berkenaan video memaparkan aktiviti wakil rakyat itu sedang menikmati buah durian tular dalam media sosial.

Sama-sama kita nantikan hasil siasatan polis. 

Baca: “Taklah itu video lama” – Timbalan Speaker Nafi Hadir ‘Kenduri Durian’, Rakaman Didakwa Video Tahun Lepas

Makan Durian Beramai Ramai Langgar Sop

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.