in

Baru 3 Minit Diijab Kabul, Pasangan Pengantin Bercerai Disebabkan Hal Remeh

bercerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia perkahwinan, pasangan biasanya akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

Penceraian adalah jalan terakhir jika mereka dah benar-benar tak sehaluan seandainya bermacam-macam cara dah dibuat untuk kembalikan serinya setelah bertahun-tahun menjalinkan hubungan bersama.


Tetapi lain pula dengan pasangan dari Kuwait ini, mereka memilih jalan untuk bercerai dalam masa yang begitu singkat.

 

Gelakkan pengantin wanita tersadung

Ikatan sah perkahwinan mereka hanya bertahan selama beberapa minit sahaja apabila mereka bercerai selepas diijab kabulkan hanya disebabkan hal remeh.

Menurut sumber, mereka bercerai sewaktu majlis perkahwinan sedang berlangsung, pada 7 Februari 2019.

Ketika mereka baru sahaja selesai melakukan ikatan perkahwinan itu, pengantin wanita tiba-tiba tersadung. Pengantin lelaki hanya gelakkan malah siap mengatakan si isterinya itu cuai dan bodoh.

Setelah diejek, pengantin wanita itu mengamuk dan meminta hakim untuk membatalkan pernikahan mereka saat itu juga padahal mereka baru sahaja 3 minit sah bernikah.

Saat kejadian itu viral, ramai netizen yang menyokong dengan tindakan wanita tersebut. Bagi mereka cara pengantin lelaki itu mencerminkan dirinya pada masa hadapan apabila menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

Malah ada juga menyifatkan lelaki itu tidak ada rasa hormat ketika pernikahan. Ini kerana berdasarkan nilai seorang Guru Besar dan Pengamal Hukum Fikih Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Banda Aceh, Prof Dr HA Hamid, penyebab tingginya angka penceraian adalah disebabkan pandangan masyarakat terhadap nilai suci pernikahan itu rendah. Lapor Serambinews.

Anggapan yang salah menyebabkan pernikahan dianggap satu hal biasa sehingga penceraian juga satu perkara normal.

Tapi wajar ke sampai bercerai disebabkan tergelakkan?

 

Baca : SEDIH! Doktor Muda Postpone Pernikahan Demi Rawat Pesakit, Meninggal Dunia Akibat Covid-19

doktornikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.