in

“Bapaknya yang mana satu?” – Wanita Dengan 4 Teman Lelaki Bangga Mengandung Anak Pertama Dorang

Az1Dldz 700B 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Poligami pun masih tak boleh nak diterima oleh rata-rata orang kat dunia ni, wanita ini cuba untuk normalisasikan poliandri (wanita ada lebih dari satu pasangan).


Menurut 9gag, wanita yang berasal dari Florida, Tory Ojeda, 20, ini bertemu dengan salah seorang pasangannya Marc, 18, di sekolah sebelum menjalinkan hubungan dengan Travis, 23, dua bulan kemudian.

Pada Julai tahun ini pula, wanita ini telah mengikat tali pertunangan dengan Travis namun memulakan hubungan baru dengan kawan lamanya Ethan, 22, dan Chris, 22.

Az1Dldz 700B
Sumber: 9gag

Nak dijadikan cerita, Tory mengandung semasa dia pergi bercuti bersama Chris, menjadikan lelaki tersebut bapa kandung kepada bayi itu namun keempat-empat teman lelakinya akan menjadi bapa yang sama rata untuk bayi bakal lahir itu. Confirm ke Chris bapaknya?

Walaupun Tory tak menghalang keempat-empat kekasihnya untuk mempunyai hubungan dengan wanita lain, hanya Tory sahaja yang mempunyai lebih dari satu pasangan.

Bukan tu je, keempat-empat lelaki ni duduk di rumah yang sama dan mempunyai bilik masing-masing dan mengambil giliran untuk tidur di bilik Tory.

Kami akan besarkan baby ni sama-sama. So, semua orang akan jadi ayah.”

Derp
Sumber: 9gag

Tory menambah, walaupun bapanya teruja untuk menimang cucu, keluarganya tak suka dia mempunyai ramai pasangan.

Pun begitu, pendapat keluarga dan orang luar tak akan mengganggu hubungan mereka dan wanita ini berharap satu hari nanti orang ramai lebih menerima hubungan seperti ini tanpa memandang serong.

Tory, Chris, Ethan, Marc dan Travis akan menimang bayi perempuan pada Februari 2020.

 

Baca: “Sakit otak ke?” – Dipaksa ‘Layan’ Adik-beradik Suami Sampai Tak Tahu Mengandung Anak Siapa

Screenshot 2019 12 11 At 11.37.06 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.