Nampaknya beberapa selebriti tanah air sudah mula memberi kenyataan balas selepas nama mereka disenarai dalam gerakan Blockout 2024 yang dihimpunkan pengguna media sosial.
Lantaran itu, pelakon dan pengacara Awal Ashaari tampil bersuara selepas namanya, isteri serta selebriti lain dipetik oleh seorang pelakon dan personaliti TV di media sosial.
“Menabur pasir dalam periuk nasi kami”
Awal menerusi Instagram Story mempersoalkan motif selebriti berkenaan yang mencipta kebencian, cuba memecahbelahkan mereka bersama warganet dengan isu Palestin yang berlarutan sejak dahulu.
“Sampai ke perhatian saya tentang seseorang yang tidak mengenali saya secara peribadi, called out my name, my wife, and other celebrity friends yang tidak ada kaitan langsung dengan diri beliau.
“Mencipta kebencian, cuba memecah belahkan kami dengan warganet dengan menggunakan paksi agama dan isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu.”
Artikel berkaitan: Tersenarai Dalam Blockout 2024, Daiyan Trisha Pertahan Diri Tunjuk Sumbangan RM100,000 Kepada Palestin
Artikel berkaitan: #Blockout2024: Pergerakan Terbaru Ni Buat Ramai Selebriti A-List Diboikot, Artis M’sia Pun Terkesan!
Tambahnya lagi, dia juga terkilan dengan tindakan artis berkenaan yang pernah menjadi duta kepada jenama-jenama yang diboikot.
Sementara itu, Awal juga menegaskan masih banyak cara boleh dilakukan bagi mewujudkan kesedaran tentang situasi yang berlaku kepada penduduk Palestin.
“Post nama-nama kami, repost siapa yang ikut cara akak, siap ada special highlight didedikasikan di IG akak. Untuk apa?”
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Awal itu dipercayai tuju kepada Wardina Safiyyah selepas dia dilihat lantang menyokong tindakan menyekat akaun media sosial selebriti yang menjalinkan kerjasama dengan jenama yang diboikot.
Terdahulu, Wardina Safiyyah memaklumkan dia telah mengambil keputusan untuk menyekat akaun media sosial selebriti yang membisu soal Palestin.
Sumber: Instagram