Seorang lelaki positif dadah telah bertindak di luar jangkaan apabila dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya yang berusia dua tahun dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pak Mayong, Tok Bali, Pasir Puteh semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.25 pagi itu menyaksikan suspek dikatakan berada di sebuah jeti sambil memegang serpihan botol kaca.

Hasil siasatan mendapati suspek telah bertindak membawa kanak-kanak itu ke tepi jeti sambil memegang serpihan botol kaca yang pecah, yang mana ia diambil di sekitar kawasan berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria, ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan punca kejadian juga masih dalam siasatan lanjut pihak polis.
Artikel berkaitan: Pasukan Penyelamat Terima Ugutan & T*mbakan Semasa Nak Bantu Mangsa Banjir Di Hatyai
Artikel berkaitan: Lelaki M*ut Dalam Perjalanan Tuntut Telefon Selepas Diperas Ugut, 2 Anggota Polis Ditahan
Kanak-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan
Difahamkan, hasil pemeriksaan fizikal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kanak-kanak itu kemudian telah dirujuk ke Hospital Tengku Anis untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan kesihatan.

Tambah Zaizul lagi, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
Sumber: Sinar Harian
