in

Banyak Lauk Tak Habis, Individu Terkilan ‘Open House’ Raya Tak Ramai Datang

Open 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi kebiasaan setiap kali hari raya Aidilfitri, kebanyakan tuan rumah akan membuat majlis rumah terbuka dan menjemput keluarga, kenalan dan orang terdekat. Selalunya jamuan ini akan dibuat beberapa hari selepas hari raya Aidilfitri.


Pasang khemah depan rumah

Menerusi hantaran video oleh @muaandgroomingmelaka di TikTok, dia menunjukkan suasana majlis rumah terbuka yang diadakan pada waktu malam di rumahnya.

Mungkin dia sudah menjemput dan menjangkakan ramai tetamu yang akan hadir, jadi dia telah memasang khemah di hadapan rumah serta disediakan beberapa set kerusi dan meja.

Artikel berkaitan: “Ambil makanan penuh sepinggan, makannya sejemput je” – Doktor Tegur Tabiat Orang Kita Bila Hadir Rumah Terbuka

Artikel berkaitan: Anak Tetamu Lenyekkan Nasi Himpit Atas Karpet, Lelaki Luah Trauma Nak Buat Rumah Terbuka

Bagi menjamu mereka yang akan hadir, dia juga telah menyediakan pelbagai juadah hari raya seperti nasi himpit, sate, bihun goreng dan lain-lain.

@muaandgroomingmelaka

sementara ada masa terluang cuti kite buat . tp ramai xdtg . tpi ade lah 2 3 kerat . terima kasih pada yg hadir walaupun x ramai . lauk banyak lagi ni 🥺

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Tak ramai datang, banyak lauk tak habis

Namun, jangkaannya meleset selepas melihat hanya ada beberapa orang sahaja yang datang ke majlis rumah terbuka tersebut.

Open house tema “Orang Tak Datang”

Di ruangan kapsyen, dia meluahkan rasa terkilan tetapi berterima kasih kepada semua tetamu yang hadir walaupun tidak ramai. Dapat dilihat dalam video juga, ada beberapa juadah yang tidak terusik menandakan tidak ramai tetamu yang hadir.

Sementara ada masa terluang cuti kite buat. Tapi ramai tak datang. tapi ada lah 2 3 kerat. Terima kasih pada yang hadir walaupun tak ramai. Lauk banyak lagi ni.

Bagaimanapun, ruangan komen dalam hantaran tersebut telah pun ditutup oleh pemilik video.

Allahu, banyak tu lebih… kesian owner..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.