Lepas King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail dah lama tak disebut-sebut. Tiba-tiba harini namanya trending di Twitter.
Tapi kali ini, King Coco telah kejutkan netizen bila dia bakal bertanding sebagai calon Ketua Srikandi bahagian Bagan Serai. Fuh, dalam diam-diam mak anak satu ni nak ceburkan diri dalam bidang politik eh?
Ekoran ini, ramai netizen yang mula mengutuk kredibiliti Instafamous ini untuk masuk dalam bidang politik hingga ada seorang netizen telah samakan King Coco dengan Dyana Sofya.
Untuk korang yang tak familiar dengan Dyana Sofya, dia merupakan Bekas Setiausaha Politik kepada MP Lim Kit Siang dan pernah bertanding untuk Teluk Intan pada tahun 2014.
Kerana netizen ini tag nama Dyana, wanita ini telah membalas komen netizen menggunakan ayat King Coco yang paling famous menafikan yang dia tak sama dengan calon Ketua Srikandi ini.
Balasan dari Dyana ini telah membuka peluang netizen ini untuk pergi lebih jauh dengan menyatakan persamaan wanita ini dengan King Coco. And I oop…
Ada persamaan lain… 1. Suka suami orang 2. Pemusnah rumah tangga.”
Dah tentunya netizen ini merujuk kepada hubungan Dyana dan suaminya Zairil Khir Johari, ADUN Tanjung Bungah,
Sebelum ini, pasangan yang juga merupakan ahli DAP ini pernah terpalit kontroversi selepas beberapa gambar intim mereka tersebar di media sosial namun dinafikan.
Perkara ini mendapat perhatian kerana ketika itu Zairil sudah pun mempunyai isteri dan dua orang cahaya mata.
Kontroversi mereka ini berakhir selepas pasangan ini berkahwin dan ada beberapa orang mengatakan Zairil telah pun bercerai dengan isterinya Dahlia sebelum berkahwin dengan Dyana, namun tak dapat dipastikan kesahihannya.
Manakala King Coco juga pernah terpalit kontroversi bila dia berkahwin dengan seorang juruterbang, Kapten Azrin yang ketika itu mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.
Bagaimanapun, tahun lepas, Kapten Azrin telah mengesahkan kepada media yang dia dah pun ceraikan madu King Coco, Nor Azura pada Oktober 2018.
Ada-ada je netizen ni eh…