Sebenarnya, perkara ni sering dilalui oleh lelaki straight zaman sekarang ni lagi-lagi kalau dorang mempunyai badan yang sado dan muka yang jambu.
Baru-baru ni, Dr Say Shazril yang popular kerana mempunyai rupa paras yang kacak serta berbadan sasa ini telah kongsikan struggle yang dia perlu lalui bila dah menjadi selebriti dan mula muncul di kaca TV.
Doktor yang telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ini memulakan perkongsiannya di Instagram dengan berkata yang dia hormat dan tak kisah berkawan dengan lelaki gay kerana ada sesetengah mereka memang lahir dengan naluri seperti ini.
Tambah pula, zaman sekarang ni ramai yang terang-terangan mengaku dan bersikap terbuka dengan seksualiti dorang. So, tak heranlah mana-mana pergi pun, tak kira dalam bidang hiburan mahu pun perubatan akan ada orang yang suka dengan kaum sejenis.
Walaupun Dr Say Shazril tak kisah berkawan dengan sesiapa pun dan dia menghormati pilihan seksualiti seseorang namun ada satu perkara yang buatkan doktor kacak ni tak tenang…
Saya tak kisah kawan dengan dorang, tapi yang saya triggered kalau ada yang cuba nak lebih dari kawan dengan saya.”
Doktor selebriti ini menceritakan yang dia tak kisah kalau masa make-up ada yang cuba nak cubit-cubit biceps atau masa selfie nak sandar ke bahu tapi dia tak suka kalau privacy dia dicerobohi. Macam mana tu?
Tapi kalau sampai saya tukar baju nak sergah masuk or time saya tengah mandi nak acah-acah terbukak pintu bilik air that is just too much.” Melampaunyaaaa
Dr Shazril mengatakan, dia tak tahu apa niat orang-orang seperti ini nak buat macam tu. Tapi, kalau dia tak cuba nak ubah lelaki gay untuk jadi straight, kenapa dorang nak ubah dia?
Banyak lagi sado jambu kat luar sane awat nak saya yang hidung jambu air, perut buncit, dada gelebeh anak satu ni?”
Akhir kata, doktor ini mengharapkan orang-orang seperti ini jadi lebih profesional dan hormat dengan pendirian dirinya.
https://www.instagram.com/p/B88wGUcF5YO/
Stress jugakkan, jadi lelaki pun tak selamat sekarang. Ada je yang nak ambil kesempatan.