Personaliti media sosial dan juga bekas isteri kepada Andika Putera, Ananda Natasha akhirnya membuka mulut dan menjelaskan kepada netizen berkenaan perkara sebenar yang berlaku dalam penceraian mereka.
Menerusi satu sesi live di laman TikTok, Natasha mengesahkan suaminya pernah curang sebelum ini.
Walau bagaimanapun, Natasha tidak menafikan penceraian tersebut berlaku atas persetujuan bersama.
Namun, Natasha mendedahkan, suaminya pernah ‘kantoi’ curang bersama seorang staf pada bulan September tahun lalu.
Disebabkan kecurangan tersebut, Natasha meluahkan rasa kesal atas tindakan suaminya yang tidak mahu menceraikannya walaupun mempunyai orang lain.
Perkara tersebut membuatkan Natasha berasakan umpama suaminya sebenarnya sedang menyorokkan sesuatu.
“Kenapa dia tak ceraikan masa bulan sembilan tu? Dah sah-sah dia kantoi curang, kenapa perlu tunggu pada bulan 12. Saya positif sahaja dia ceraikan saya pada bulan 12.
“Takut saya viralkan kes cerai? Dia tunggu masa saya rasa benda itu dah dirancang.
Saya rasa macam tu sebab saya baru tahu, dia bercinta dengan isteri orang itu pada bulan dua.
“Bayangkan dia ceraikan saya pada bulan 12 tetapi masa bulan 2 masih lagi bercinta dengan isteri orang,” katanya.
Artikel berkaitan: Suami Curang Berzina Siap Rakam Video, Isteri Tanggung Derita Hidap HIV
Artikel berkaitan: Suami Kantoi Curang Belasah Isteri Baru Habis Pantang Mengaku Tak Bersalah
Lebih mengecewakan, Natasha berkata, Andika juga pernah curang ketika mereka tinggal bersama mak mentua.
“Tiga tahun, semasa saya duduk dengan mak mentua dah curang, masa saya mengandung, selepas bersalinkan Alisha, Alisha nak masuk umur tiga tahun pun masih lagi curang.
“Saya dah maafkan dia banyak kali,” katanya.