in

“Bangs*t manusia mcm ni” – Wanita Mengandung 7 Bulan Meninggal Lepas Diseksa Hingga Buta Oleh Suami & Anak Sendiri

1885147064

Baru-baru ini, negara jiran dikejutkan dengan berita tentang seorang wanita yang mengandung tujuh bulan meninggal dengan satu badan penuh kesan lebam dan luka.

Menurut Tribun, kejadian ini berlaku di Madura, Indonesia. Wanita ini dikhabarkan meninggal selepas suami dan anaknya menyeksa wanita ini hingga buta dan akhirnya meninggal dunia.

Kisah wanita yang bernama Sanima ini tular di media sosial selepas video dia dalam keadaan tenat tular di Facebook dan Instagram.

Dikatakan, suaminya, Musa dan anaknya, Jamal telah menyeksa wanita malang ini sejak tujuh bulan lalu. Ini bermakna, sejak wanita ini mula mengandung!

Awalnya wanita ini diseksa setiap hari tanpa henti oleh suami dan anaknya hingga matanya buta. Sanima kemudiannya dijemput oleh keluarganya sebelum suami dan anaknya membawa dia pulang semula ke rumah beberapa minggu selepas itu.

Penyiksaan Wanita Hamil

Selepas itu, Musa dan Jamal menyeksa mangsa semula hingga dia lebam seluruh badan dan meninggal.”

Sebelum Sanima menghembuskan nafasnya yang terakhir, wanita ini sempat menelefon keluarganya meminta mereka menjemput dia yang sedang sakit dengan memberikan alasan dia jatuh dalam bilik air.

Bila dijemput, keluarga Sanima mencurigai cerita wanita ini, namun kerana melihat keadaan wanita ini sangat kritikal, mereka telah menghantar Sanima ke hospital sebelum mangsa akhirnya tak dapat diselamatkan dan meninggal dunia bersama bayi di dalam perutnya.

Musa dan Jamal pula dikatakan kini telah melarikan diri dan pihak polis masih cuba untuk menjejaki mereka.

Sanima dikebumikan satu liang lahad bersama anak dalam kandungannya.

Allahu, apa punca sampai sanggup seksa macam ni? Yang anak lelaki dia pun sama jahat kenapa?

 

Baca: “Bukan dijaga malah diseksa!” – Isteri Tergamak Aniaya Suami OKU, Pukul & Seret Bila Kurang Duit Mengemis

Screenshot 2019 12 25 At 1.57.09 Pm